10 October 2017

Beli Basikal Murah Di Lazada

Assalamualaikum.

Hai hai hai.. selamat pagi rakan-rakan bloger alam maya. sarapan apa hari ni?
.
Jangan marah ye hari ni cerita pasal Lazada lagi.. Hari tu baru beli Tatami Carpet murah kat Lazada! Lazada tak bayar saya pun suh buat entry ni. Saja nak share cerita kot boleh dimanfaatkan untuk yang tengah mencari basikal kan kan kan..
.
Baru-baru ni kami (saya dan husband) tengok si adik yang baru nak 2 tahun umurnya sibuk kayuh basikal kakak dia. eksited bebenor sampai basikal kecik dia tu tak nak naik dah pun...
.
Jadi, saya dah jual pun basikal kecik si adik. Jual RM50 je. Lepas tu beli basikal lain. Survey-survey lazada, husband berkenan kan design warna merah ni.. Kebetulan last week pergi Chow Kit, survey untuk basikal yang design lebih kurang. Majority harganya RM190-RM200. +___+ 
.
So sempat la bagi adik test basikal kat Chow Kit tu. Yang dia try ni pun harga dah cecah RM300. omai dik. mahalnya. 

.
Adoiyai mahainya la kan.. So kami muktamadkan kita beli je basikal dekat lazada.. Hanya RM128.00. Cumanya, kena makesure tools korang untuk memasang basikal ni cukup tau. Sebab basikal ni datang dalam bentuk dalam kotak macam kat gambar bawah ni.
.
Ha.. takde rupa basikal kan.. hehe.. Mujur la husband jenis pandai kerja-kerja memasang barang macam ni.

.
So siap la kejadian basikal merah adik yang kacak ni. Berebut jugak dengan kakak dia walaupun dah ada sorang sebijik. 
.

 
.
Tak tau la macamana lagi nak bagi reda tanpa sebarang perebutan budak dua orang ni.. 
.
Dah rasmi dah basikal si adik ni dekat Masjid Putrajaya ari sabtu lepas. Takde mengayuh sangat pun memasing. Main buble je lebih. 
.
Ada yang tengah cari basikal?entry ni membantu tak?hehe..
.
Thanks sudi baca.

1 comment:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page