2 July 2014

Cornflakes bermadu-pre raya aidilfitri katenye..

Assalamualaikum...

Semalam EL.. Sakan EL tetiap minggu okey.. Hari Kali ni sebab pengasuh Qaira tak sihat. So,tak boleh buat ape la.. Pengasuh tak sihat,aku cuti. Anak tak sihat,aku cuti. Aku tak sihat,aku la cuti.. Wah gitu..


Bersempena EL dok umah,aku buat cornflakes bermadu. Pestime buat kuih gini.. Suspen sungguh.. Mujur resepi aku follow ni menjadi..


Tapi aku buat dengan penuh dugaan ranjau berduri.. Haha.. Ayat bukan main!


Mana tak penuh dugaan? Qaira tu memang tak bagi chance.. Ada je.. Jap baling itu ini.. Ngamuk.. Nak tido.. Nak dok kat riba.. Adoiii..


Berkat kegigihan, dan dengan mini oven aku tu, berjaya jugak ngabiskan sekotak cornflakes.

Ada yang aku tabur choc rice.. Ada yang aku bubuh buah ceri. Buah ceri tu pulak, punya malas tahap gaban,aku letak besar-besar atas cornflakes sebab malas nak hiris halus-halus..

Ni yang 2 bekas aku buat dah siap buh kat meja.. Lagi sebekas sama size dengan tuppaware biru tu dok kat dapur gi.. Tak sempat nak berfotoshoot dengan yang lelain..


Tak tau le sempat sampai raya dok cornflakes ni.. Serik rasa nak buat lagi. Sebab, mana nak melayan anak dara lagi.. Adui.. Mujur la sempat jugak masak lauk berbuka untuk abah Qaira.. Pukul 7 lebih periuk pun tengah menggelegak. Haha.. Time tu la baru nak potong buah oren sunkist nak buat jus blend!


Anak tengah nak membesar,gini la rupe. Takut pulak nak bagi dia adik.. Kang tak terhandle.. Hihihiiii..
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. dah buat kuih raya ke may..nak seblg boleh..

    ReplyDelete
  2. sedap ni buat makan depan tv..:)

    ReplyDelete
  3. anak akak yang dah dekat 2 tahun ni pun sama la perangai gitu..kalau boleh dia nak kita bergolek je depan tv dengan dia..hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau kami mmg tak sampai raya la jawabnya.. bebudak ni asyik lapo je sekarang.. haha

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page