Daisypath Anniversary tickers

27 July 2017

Riang Ria Raya Pertama


Assalamualaikum.
.
Dah terlambat kot nak cerita pasal hari raya yang dah habis. Sekarang ni pun dah masuk 2 Zulkaedah.. Mood nak update cerita raya baru nak sampai.. 
.
Macam biasa raya tahun ni saya kat sebelah husband. Sebenarnya macam setiap tahun pun raya kat kampung suami. Bukan tak nak beraya di kampung saya, cuma sebelah petang macam tu kami akan bergerak ke kampung family saya.
Bergaduh? Takde lah.. Bagi saya raya sebelah mana pun sama je. Cuma bila petang raya pertama gerak ke kampung saya tu, masa dengan adik beradik saya lama la sikit. Tiap tahun pun macam tu.
.
Raya tahun ni kat rumah mertua sunyi sikit sebab adik ipar yang last beraya di rumah mertua. Biasa dia sibuk-sibuk cuci cawan kaca. So tahun ni takde sibuk cuci barang kaca sangat sebab semua malas cuci. Mak mertua cakap guna cawan pakai buang je. Senang. Hihihihihiiiii... I setuju mak! Dasar menantu hantu kan.

 
Gambar kat atas tu gambar di halaman rumah. Ni sebenarnya baju nikah kami 5 tahun lepas...Hehehehe... Saja mencabar diri sendiri raya pakai baju 5 tahun sudah. Nasib baik okay lagi.. Kikikiki.. Anak-anak je pakai baju baru. 

 
Raya tahun ni si adik Qayyum pun dah cecah setahun lebih. Boleh pakai baju melayu dah. Kopiah pun pakai dah. Tapi asyik nak baling je kopiah tu kat lantai. Nampak tu tangan kene pegang sebab nak elak dia buang kopiah sebelum snap gambar!
.

 
Ni gambar semua adik beradik belah husband. Lengkap takde yang tertinggal. Si adik ipar bongsu baru kawen berbaju biru turqoise kot kan tu. Hehe.. Rumah mertua dia dekat sangat. Sebab tu la dia boleh balik semula kat rumah ni untuk sesi bergambar. Lepas tu dia sambung balik gi beraya dengan family husband.
.
Saya dan keluarga berbaju kelabu 4 beranak. Si Qaira tak tau apa angin kus-kus tak nak bergambar. Mama paksa jugak bergambar. Nampak belakang kepala je kena dukung.
.
Sebelah husband saya Mak dan abah mertua. Selalu mak nak sedondon. Tapi abah akan sarung apa je dia berkenan.. Hehe.. Mak pun bersabar aje lah.. 
.
Serba purple tu family kepada abang ipar saya iaitu abang sulung kepada husband. Dorang tersalah raya sebenarnya.. Haha.. Sepatutnya dorang beraya kat Kuantan. Bila telek semula gambar raya tahun lepas, ada gambar raya kitorang sama-sama. Kitorang?sebab saya kan tiap tahun memang kat sini je..hehehe...
.
Yang duduk kat bawah tu, kakak ipar saya yakni (cewah) kakak kepada husband saya. Yang ni takde dondon sangat. Anak-anak kak ipar saya sedondon dengan atuk dia.
.
Pak mertua saya seronok sangat sebab katanya tahun ni dalam sejarah semua berkumpul secara tak sengaja. Biasanya adalah yang takde sebab beraya di rumah mertua kan.
.
Anak-anak mama dah besar sikit tahun ni, semua pakat ikut abah dengan atok dia g baraan. So mama kat rumah boleh berehat sambil makan sate tengok tv. Saya pulak tak de mood nak raya sangat sebab baju nikah ni takde ruangan nursing. Jadi susah saya nak breastfeed Qayyum. So dok rumah je layan tamu datang.
.
Petang lepas asar macam tu baru bergerak balik rumah mak saya.Kebetulan ada kawan nak cuba precious serum anti aging  yang saya jual. Sambil nak cod barang kita beraya la yek. Saya tak tukar baju lagi. Hahaha.. 
.

 
Ni kawan lama sangat ni dari zaman sekolah rendah lagi.. Dia pun nak promot Femilac Milkbooster yang dia jual tu.
.
Duduk sekampung pun tak jumpa. Dah kawen memasing dok negeri Selangor pun tak jumpa jugak. Raya pun belum tentu tiap tahun jumpa. Betapa sibuknya memasing kannnn..
.
Okei lah. Nanti saya sambung cerita raya kedua pulak. hiks.
.
Tu pun tunggu mood sampai jugak..
.
Thanks sudi baca.
.
bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page