Daisypath Anniversary tickers

23 July 2017

SPAMMER DARI MUDAH.MY NAK BELI NURSING BRA KATANYA

Assalamualaikum..

Hari ni nak sharing pengalaman saya dapat seorang pelanggan yang rupa-rupanya scammer! Sakit betul hati kite.
.
Tarikh kejadian pada 20 Julai 2017. Waktu lunch hour saya ada post iklan kat Mudah.my. Dalam pukul 2pm macam tu scammer dah whatsapp nak beli nursing bra.
.
Saya pun seronokla kan.. perasaan dapat customer baru!
.
Masa tu saya reply lambat sikit sebab tengah charge handphone.
.

Then dia confirmkan nak 5 helai nursing bra. iols ni seronok la stock bra nak keluar dari simpanan kan. Sape tak happy. Reply jugak whatsapp in English walaupun ayat bersepah habis!

 

Dah sampai ke tahap bagi nombor akaun la. Si scammer ni siap risau sebab dia tak pernah shopping online. So dia takut la saya ni nak pedajal dia lepas dapat duit dia.
.
Then scammer ni cakap dia kat Sweden melawat suami dia. So dia pakai oversea transaction la katanya.
.
So saya buat la muka surprise sebab tak pernah dapat International customer khannnn!
.
Dia pulak asyik cakap, "what? What?"
.
Kat situ saya dah nampak macam orang jenis kasar je ni. Tapi tengok profile pic whatsapp macam orang Malaysia kita je.
.
Tengok nombor telefon pulak rasa macam bukan nombor oversea.
 
Dalam sejam setengah macam tu scammer ni update done with payment tapi tak bagi apa-apa screenshot transaction. 
.
Bia saya tanya payment ke akaun mana tak nak jawab. Tapi sibuk push suruh tengok emel.
.
Then , saya check akaun cimb & mbb tapi tak de apa-apa transaksi duit masuk.
.
Masa tu spammer ni dah jalankan tugas dia untuk buat saya stress dengan whatsapp call bertalu- talu..

 
Sambil scammer ni push saya, saya call kakak saya kat  Kuantan sebab dia ada bagi hint entah-entah scammer. So masa saya discusa dengan kakak saya, scammer ni call saya non stop.
.
Kebangangan paling abadi, saya save image gambar whatsapp scammer ni nak tunjuk kat akak saya gambar si scammer. Tapi saya tersend gambar tu dekat scammer ni pulak. Hahahahaha!!!! Kantoi kat situ. 

Kakak saya punya gelak besar bila saya cakap," wey aku nak hantar gambar dia kat ko, tapi tersend kat dia!"
.
Sengal betul rasanya.
 
Bila saya cakap takde duit masuk acc lagi, dia cakap emel tu masak kat spam.
.
Saya pun macam hairan, kenapa masuk spam? Selalu okei je ke inbox!
.
Tapi saya tengok jugak emel spam tu sambil berhati-hati tak nak terklik sebarang link.
.
 
Saya check semula mbb takde duit. So kakak saya cakap, bagitau dia barang pos kalau duit masuk je.
.
Then si scammer ni pun push la through wasap & call. Tapi memang saya tak angkat pun call dia.

 
Dia pikir dia punya surprised je. Saya punya serabut otak masa tu dia tak pikir. Siap bukak google translate lagi. 😅😅
.
Modus utamanya bukan nak sangat dengan bra tu! Dia nak bagi tau dia nak balik duit dia yang dia kata duit dia dah kena potong dari akaun then kita kata takde duit masuk!
.
Banyak cantik muka hang nooooo! 
.
Saya block terus nombor tu demi keamanan jiwa dan ragaku.
.
Puas hati.
.
Sampai hari ni pun mana ada duit masuk!
.
Saya syak ni macam manusia negro punya kerja je.
.
Jadi uols, berhati-hati ok! Jangan sampai terpedaya dengan helah dorang ni.
.
Alhamdulillah saya block dia cepat so saya tak tau dia bebel apa kat saya. Hahaha!
.
Boleh kongsikan kalau rasa ia bermanfaat.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page