28 July 2017

Resepi Kueteow Goreng Cara Mama May

Assalamualaikum.
.
Anak dara saya si Qaira, hari-hari merengek nak makan kueteow.. Akhirnya mama buatkan jugak la sebungkus kueteow goreng untuk anak tersayang. Sebab bukan semua budak suka nak makan kan? So, bila anak suka makan, kita raikan makanan yang dorang minta.
.
Cara saya masak kueteow goreng ni yang pastinya simple! Sebab ibu bekerja mesti nak yang simple dan cepat!
.
 

Bahan-bahan untuk sebungkus kueteow.
.
Bahan tumis :
~ 3 - 4 biji bawang putih diketuk
~ 3 - 4 biji lada diketuk
~1-2 sudu cili boh
~ minyak masak
.
Tumis je bahan-bahan tumis kat atas sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak bahan-bahan tu saya masukkan :
.
~1 sudu sos tiram
~ 2-3 sudu kicap pekat
~sedikit air
~hirisan daging ayam
~ bebola ikan yang dipotong 2
~ sedikit udang
~ sedikit sotong jika ada
~ sayur taugeh / sawi / taugeh / tauhu
.
Bila lauk-lauk tu nampak dah masak, masukkan kueteow yang dah di basuh ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau-kacau sehingga warna sebati semuanya... siap!
.
Untuk kueteow ni biasanya saya masukkan dalam air panas dan saya tapis dulu. Kemudian saya bilas dengan air pipe.
.
Kaedahnya dah macam basuh mee pulak.
.
Tapi terpulang kepada uols nak follow tak cara saya basuk mee dan kueteow tu. =)
.
Anak saya suka betul makan kueteow goreng ni.
.
Selamat mencuba!
.
Bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page