11 September 2017

Nak Sangat Makan Burger Korea McD! Tengok Apa Jadi?

Assalamualaikum.
.

Ada lagi tak iklan burger korea kat TV? Saya pun tak ingat sebab dah jarang tengok tv. Sibuk sangat multitasking. Kerja, uruskan anak-anak, rumahtangga, update blog, berniaga online. Kadang bila bukak tv pun mata ke handphone. Sungguh tak sihat rasanya. Lepas ni akan buat penambahbaikan untuk masa dalam pengurusan anak-anak dan rumah. Hee..
.
Oh ye. Saya baru je mencuba sekali burger korea ni. Katanya pedas amat. Masa lunch dengan officemate, pergi makan dekat mcD Rahman Putra ni.  Tu paling dekat dengan office.
 
Makan punya makan, saya cakap dengan kawan, biasa je tak pedas sangat..
Dorang pun tengok muka saya dengan muka terkejut. 
.
Pada saya tahap kepedasan biasa je. Sebab burger lain takde rasa pedas kan. Cuma rasa daging, ayam... Yang ni tambahan pedas sikit je.
.
Saya makan dengan relaks je. Dorang kata saya kuat pedas ni.
.
Dah try sekali, jadi lepas tu dah boleh duduk diam-diam. At least rasa sekali la kan.. Habis dengan roti melekat celah gigi nampak gigi warna hitam. Ohmaii..hehe.. Nasib baik perasan tau.
.
Korang dah cuba ke burger Korea mcD ni?

2 comments:

  1. ada balik ke sis burger ni? hari tu saya pegi dah tak de dah

    ReplyDelete
  2. Hahaah.... warna hitam kan.. saya tak rasa lagi...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page