Assalamualaikum...
.
Mohon jawab salam.. Hehee..
.
Sebelum ni saya ada la sejenis tekak mengada-ngada. Bukan sebelum ni je. Sekarang ni pun ada..hehe.. Hari tu teringin la sangat nak bercuti kat Terengganu katanya nak Jalan Jalan Cari Makan. Siap petik dekat suami, saya tanggung perjalanan ke sana. Ecewahhh.. Hahaha...
.
So sambilnya balik kampung hari tu, cuti pun panjang tak tau nak ke mana, kita create sehari perjalanan ke Terengganu. Tapi tak jauh pun. Pergi Kemaman je. Rumah mertua pulak kat Pekan. So dari Pekan ke Kuantan dalam sejam. Dari Kuantan ke Kemaman tu entah berapa jam. Dalam sejam lebih kot. Husband malas nak layan tekak saya nak tido hotel kat Kuala Terengganu. Hahaha..Siot je kan.. So kitorang pergi balik hari je lah..
Gambar kat atas ni sekitar pukul 10;30 am kot. Baru nak gerak dari rumah. Melaram baju seluar baru memasing. Sempat shopping kat One Utama sebelum gerak balik Pahang. Dengan tudung bawal yang herot tu. Dekat setengah jam adjust tudung je. Sampai cakap kat husband, nak tukar pakai shawl lah. Dia cakap bersiap pun lama tak payah la g jalan..Sob sob sob... terpaksa rela berjalan dengan bawal herot tu.
Sampai je Kemaman terus cari port best nak makan. Duduk je kat kedai tu, terus order sotong celop tepung, ikan celop tepong, keropok lekor, sata. Fuhh heaven betul. siap menambah lagi. Memang time sampai tu perut pun lapar dah tengahari kan..Apa lagi.... Berat badan lepas makan macam di pam-pam la.
.
Tapi memang sedap.. Total semua sekali adalah RM50 lebih kot. Bukan banyak sangat pun makan. Nafsu banyak. Tapi perut tu takat tu je la makan. Haha...Gigih nak makan sambil berjalan katanya...
On the way balik harusla singgah beli keropok lekor punya banyak, lepas tu borong nanas madu. gambar takde. Lepas tu singgah dekat Black Stone. Eceh...Nama melayunya Pantai Batu Hitam. Sedap berangin duduk tepi pantai.
.
Si Qaira main layang-layang kejap. Bawak 2 keping layang-layang, 2 keping tu semua sangkut dekat pokok. Nak gelak kan dia marah. Hehehe...
Singgah dekat warung kat pantaiminum ABC dengan Leicikang je. Menarik kan warna-warna ABC tu. Order 1 je pun tak habis makan share dengan mama abah.
.
Walaupun sekejap-sekejap je perjalanan bercuti tapi bebudak ni seronok manfaatkan masa bermain. Mama diorang ni macam biasa la berat nak berjalan ke sana sini. Duk terpacak je kat tepi tu. Mata ngantuk. Memang berat nak ke mana-mana. Terlebih makan celop tepong agaknya.3
.
Sampai dekat rumah semula lebih kurang pukul 5;30 kot. Memasing dah berlengas badan main kat pantai.
.
So habisla seharian berjalan. Dan mama boleh tido tersenyum dah dapat celop tepung. kikiki..
.
bye
Waalaikumussalam ..
ReplyDeleteCelup tepung ni , pelbagai seafood ke . Yg celup tepung
sedapnye celop tepung, lama tak balik terengganu.
ReplyDelete