Aku tengah sangat stress sekarang ni..aku rasa makin lama makin mengarut je bos aku ni..ade ke keje die suruh staff buat..adeh...sakit otak aku ni..ee...penuh kegeraman..
Disebabkan aku stress, nak join segmen adik ni jap..malas nak pikir keje bos aku tu..
Segmen ni kena bercerita pasal pengalaman raya..
Gambar di atas adalah hak milik aku..raya bile ni yer?oo..2 tahun lepas kot..hihi..
Ang pow di tangan tu bukan aku dapat tau..tapi nak bagi kat mak dengan anak-anak buah...
.
.
Bagi aku masa raya paling best adalah raya zaman kanak-kanak aku dulu...
Seronoknya bila nak beraya kat kampung...Main bunga api,main meriam la..Pagi raya pulak kene kejut awal-awal pagi mandi..pastu kene hantar juadah kat rumah jiran-jiran sekeliling..
Sekarang?sob3...kene beli bunga api untuk anak-anak buah pulak..
.
.
Masa aku kecik-kecik dulu, sanggup berjalan kaki tengah hari buta dengan sepupu-sepupu..redah jer rumah sape-sape..janji dapat kumpul duit raya..masa tu kan nilai duit raya RM0.50 dah dikira besar..selalu dapat RM0.20 bila pegi 1-1 umah tu..petang-petang kira collection...berlumba dengan sepupu-sepupu collection sapa paling banyak..
Tapi budak-budak sekarang,time raya duduk rumah je tengok tv..tu ragam anak-anak buah aku la..tak nak g beraya..tak paham betul aku..setahun sekali je kot kutip duit raya ni..tak nak ikut jejak langkah makcik die yang mata $$$$ ni..haha..
.
.
Makanan wajib time pagi-pagi raya harusla ketupat dengan rendang mak aku buat.hihi..makanan jawa tak terkecuali..macam pecal dengan soto..sape nak try?meh datang raya kat rumah..^_^
p/s : tak tau nak cite ape lagi..kang panjang-panjang komfem tak ada orang nak baca..hihi..
thanks for joining! :D
ReplyDeletekesian kan orang-orang macam kita ni. bila ada anak buah, kena hulur. hoho. bunga api dengan meriam? eh, perang ke apa ni? huhu. mesti seronok kan? ;) sabar je la ye? hehe
budak-budak sekarang lebih pentingkan hiburan kot. sebab tu, mereka tak nak pergi kutip duit raya. haha. alangkah ruginya mereka ni.
eh, pecal dengan soto? sedpnya ~___~ mak saya orang jawa. huhu.
akak, senarai dah keluar! hehe :D sila terjah mereka ye :)
ReplyDeletehttp://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/senarai-peserta-segmen-pengalaman.html
hira : tq for info..=) ha..jangan tak pecaye..kecik2 dulu mmg main meriam tau..smp kg je meriam da tersedia utk lawan bunyik paling kuat dgn kg sebelah..=)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemembalas kunjungan kamu...terima kasih...hehehe....kenangan zaman kanak2lah yang paling indah...sebab kita tidak fikir apa2 melainkan seronok
salam
ReplyDeletesinggah dr segmen yang sama blog cik hira..
kalau sudi jemput singgah ke blog saya...
http://ciksufarida.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html
hai hai. yana dtg sini thru segmen yg sama. sedapnya pecal! lama dah nak makan tapi still tak pernah makan lagi. :p
ReplyDeletejemput dtg blog yana. :)
http://lurvemycadbury.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html
Salam...
ReplyDeleteHira nak bagi gift sbb join segmen dia... meh tengok kat sini...
http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/peserta-segmen-kena-tekan-sini.html
Cpat2 tengok sblm jumaat ni...^^
Selamat bersahur...