Daisypath Anniversary tickers

20 March 2012

:: LEPAS GERAM DENGAN KAKITANGAN FELDA YANG ***** ::


Begini al-kisahnya...semuanya bermula dengan borang nikah aku tu..
Aku mintak kakak ipar aku tolong uruskan untuk dapatkan tanda tangan Pengurus Felda kat bahagian belakang borang nikah aku tu..tak kan nak suruh mak aku pulak..sebab mak aku kan tak sihat..aku nak jimatkan masa aku kat situ...tak payahla aku nak amik cuti kan...buatnye aku dah ambik cuti, Pengurus Felda takde, tak selesai jugak la hal aku tu..letih pulak aku nak ulang-alik dari KL..dah la banyak lagi urusan kat KL nak kene setel..semuanya akan melibatkan duit-duit....

Lepas tu, akak ipar aku kol bagitau, Pengurus Felda tu bagitau nak tengok pengantin dulu baru die nak tandatangan borang nikah aku.what the fish laaaa..aku yang dah menetap kat Kuala Lumpur ni dah tak senang duduk..sebab incek tunang punye borang nikah dah selesai..mak dia tolong hantar kat Pengurus Felda...(boleh pulak pengurus Felda tempat parents die tinggal tu sign..kenapa tempat aku tak boleh pulak..hangen..hangen..)

So, semalam aku pun amik la cuti nak pegi mengadap baginda Pengurus Felda tu kan...bertemankan kakak ipar dan adik bujang aku tu, g la Pejabat dorang..sampai je kat sana, staff die cakap..

"Pengurus takde la..die gi Kursus ISO kat Kuantan.jadi tak boleh la nak sign borang tu..Esok pun die takde..ada miting kat KL"

Srapppppppp..darah aku terus menyirap kat muka..ape yang aku jangkakan dah pun terjadi..aku tak dapat nak nak perap lagi perasaan aku...ini mesti diluahkan untuk dorang buat penambahbaikan servis dorang tu!!Terus aku kuarkan satu ayat yang dah lama nak melompat dari lubuk hati aku ni..

"tak ke menyusahkan orang yang duduk jauh macam saya ni nak kene amik cuti semata-mata nak suruh die sign borang je???lepas tu die takde??saya kene amik cuti seminggu pulak ke nak tunggu die sign borang sekeping ni???"

Akak tu buat muka tak bersalah je...sambil berkata,

"kitorang kat sini pun susah nak dapatkan sign die.. "

Ahhh....tu bukan masalah aku.yang aku tau masa kejadian tu 19hb March..aku nak nikah 21hb April..Sepatutnya borang ni dah setel part signing tu 2 minggu lepas lagik!Borang nikah aku kene hantar kat Pejabat Agama sebulan sebelum tarikh nikah..aku dah panas hati ni.dorang cube membuat kerja yang mudah menjadi rumit..tapi aku masih cuba mengawal volume suara aku...supaya tak jadi manusia yang kurang ajar..walaupun dah jadi kurang ajar peringkat awal..

Akak ipar aku dah terdiam tengok aku hot.jarang aku nak hot dengan benda-benda melibatkan servis manusia ni..selalu tu aku akan cakap takpe la..biarla...okei la...tapi, ni betul-betul buat aku hot.aku pulak tak boleh nak emosi sangat..bile aku terlalu marah nanti aku menangis..haduii..macamane nak jadi bengis ni..

Lepas tu aku pandang muka minah tu..terus aku sound "menyusahkan orang je" dan aku keluar terus dari opis yang takde orang tu..masa tu la aku mula membebel..orang keje kerajaan ni memang macam tu kot..menyusahkan orang lain dengan rule bodoh mereka.tapi bukan semua staff gov tau..haha..jap lagi ramai pulak staff gov drop komen kat entry ni..hehe..

Geramnye la aku rasa masa tu..dari satu sudut lain, aku faham mungkin Pengurus tu takut nak main sign je borang nikah..kan sekarang dah ada isu perempuan ada lebih dari 1 suami..tapi please la wey...ape guna keterangan diri aku yang dah dilampirkan bersama tu???bace la wei..lepas tu, 1 more thing, kalau anda pengurus yang sangat bizi sampai tak boleh duduk opis 8 jam sehari, pastikan la ada seorang pemangku yang boleh tandatangan on behalf die..tak kan tak percaya dengan staff sendiri???kesian la orang yang datang jauh-jauh dah amik cuti dan sebagainya..what the fish!!

Tapi, mujur aku berjaya tenangkan diri masa dalam kereta..tengok borang tu balik..dan tengok Penghulu Kampung boleh sign..terus gi umah Penghulu Kampung..tak sampai 2 minit je dah setel..lepas tu pegi umah tok kadi, amik tandatangan dan petang semalam jugak terus hantar kat Pejabat Agama Muadzam Shah..

Lepas je borang nikah tu selamat masuk dalam bangunan Pejabat Agama ni pada pukul 4.15pm, terus aku dan incek tunang gerak balik ke KL...mujur sempat sampai sebelum pejabat tu tutup..

Betul-betul dugaan la semakin dekat hari perkahwinan..macam-macam dugaan dah dilalui..alhamdulillah dah selesai satu persatu...hari tu kereta incek tunang masuk bengkel, dah selesai...then, mak aku sakit sehingga terbaring sahaja..sekarang mak dah boleh berjalan slow-slow..tak payah aku mandikan lagi macam sebelum ni..die pun dah boleh mandi sendiri, makan sendiri...misi mencari pengganti pengapit...dah jumpa last week..misi mencarik umah sewa untuk bulan depan, pun dah jumpa..dekat area yang incek tunang nak sangat..deposit umah pun dah bayar ari sabtu lepas..just one word can i say rite now... ~ALHAMDULILLAH..~

p/s:sori entry panjang berjela-jela...padahnye bile aku geram!!story dekat housmate pulak malam tadi..dorang pun rasa kenapa nak menyusahkan urusan kawin sampai macam tu???

11 comments:

  1. felda mana ni? saya selalu dapat sign pengurus felda..senang je..tapi sebenarnya ikut orang jugak..sekarang ni saya duduk kampung..nak mintak sign penghulu dengan ketua kampung pun susah..asyik tak ada..selalu saya tinggal je borang kat perjabat penghulu..lagi 2 3 hari saya ambil.

    tapi nak ikutkan, memang pengurus felda banyak keluar. nak sign ni pulak tak boleh sebarangan orang..pernah orang sign bagi pihak pengurus felda, tapi borang tu kena reject..kena pergi mintak sign balik.

    ReplyDelete
  2. hehe...2la mcam2 la diorg...padal benda mudah je..dh jadi sulit

    ReplyDelete
  3. memang x patut....neh patut setle stu ari bleh memanjang sampai seminggu....sabo jer lah...

    ReplyDelete
  4. heheheh sabo2....setiap org lain2... felda mane 2.. nsb baik pgurus tempt sye x mcm 2 huhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum May...yer la dugaan org nak mendirikn masjid ni mmg byk dan kita hendaklah byk2kan bersabar yer...:)

    ReplyDelete
  6. Sabor cik May.. ni semua dugaan & Ujian Allah berikan..

    Camne rupa cik may bile marah yer.. hihihihi.. ;)

    cikmay jemput singgah blog nurul yg baru..

    http://ciknurulsiezuka.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. felda badan berkanun kan??? ke swasta??

    ReplyDelete
  8. kena byk sabar, makin dekat kawin kesabaran penting.. hehe

    ReplyDelete
  9. kat felda aku tu pengurus2nya tak berani nak byk songeh nak itu ini..sebab pakcik2 kat felda aku tu kalau nak sound mmg sound je..termasuk bapak aku..haha

    tp bab ko kata kje gomen tu aku terpaksa setuju.aku kan baru lps berurusan dgn jawi n jpn..ada bnda nk cerita kat entry tp xdan nk buat lg.bz!

    diorang mmg bengong.menyusahkan org dgn prosedur kepala lutut diorang tu.

    ha tgk, ni lg sorg bakal pengantin naik hangin! haha!

    ReplyDelete
  10. Yg awk tu pun telefon la dulu pjbt kata nak dtg..

    ReplyDelete
  11. Yg awk tu pun telwfon la dulu tanya bila pengurus free...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page