Daisypath Anniversary tickers

12 March 2012

:: PENYAKIT SLE PUNCA KEMATIAN DIA ::

Masih ingat dengan entry pemergian member aku ke rahmatullah hari tu?Ada yang tanya sakit ape?Dah kawen ke belum?
Arwah dah kawen pun..tapi belum dikurniakan cahaya mata..lebih kurang 2 tahun dah kot die kawen...

Arwah ni sakit SLE seperti yang dimaklumkan adiknye...aku pun tak tau SLE tu penyakit apa...hari ni baru teringat nak google pasal penyakit tu...jom share sama-sama..

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)

39 comments:

  1. Al fatihah untuk arwah.... SLE ni rare ke?

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah..
    dulu SLE faymes mse kte skolah menengah xslap..
    ade kuar mastika, Tv3..pastu skang dh kurang pendedahan..
    tanda-tanda len boleh tgok kat kulit..
    pesakit ade kuar tompok2 merah kat kulit mcm butterfly..

    ReplyDelete
  3. sape ni? alahai g baca entru tu jap

    ReplyDelete
  4. byknyerr kt m'sia , ramai g tataw pasal sle nih , taw pasal nih pown lps aktif berblogging dlm thn nih jgk , tuh pown sb adew follower adew pnyakit nih ~~~

    ReplyDelete
  5. takziah~ terima kasih atas pendedahan tntg penyakit SLE. skurang-kurangnya sindrom dpt dkesan awl dan rawatan susulan boleh dlaksanakan.

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah rahmati Roh nya...

    Arwah kakak saya pun sakit SLE.. sakit dalam 3 bulan ja...

    ReplyDelete
  7. ikhtiar dgn produk sne....ada yg bebas dr SLE lepas guna produk ni

    www.produksne.com.my

    ReplyDelete
  8. al fatihah....
    bagi yang mencari produk kesihatan

    http://damiaamna.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Cuba ikhtiar dengan produk kesihatan ni
    http://damiaamna.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Hai may, act saya pun ada penyakit niiii. serious takut tak boleh preggy. Hari2 saya pk, and kadang2 nangis. takut sangat2 :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tyra Man, jgn risau..Allah akan bantu awak..sy bukan doktor tp skg ni sedang merawat seorang pesakit SLE Positive yg menghidap selama lebih 7 tahun. Alhamdulillah selepas 19 hari rawatan 100% herba menggunakan teknologi Nano, sekarang dah nampak kesan perubahan. Baru semalam ambik gambar dia. Sms saya 0194762661.

      Delete
  11. Jika tak silap mengambilan Glutathione juga dapat membantu merawat penyakit SLE ni. Cuba google. Saya pernah terbaca tentang khasiat glutathione ni. Disamping tu saya setuju dengan Zul Azri Muhaidin cuba ikhtiar dengan produk SNE insyaallah mungkin berkurang.

    ReplyDelete
  12. nice share.. tq.. dapat tahu serba sedikit tentang SLE nie.. adik kawan kene penyakit nie..Baru dapat tahu hari nie..

    ReplyDelete
  13. Salam semua, saya pun salah seorang pesakit SLE dimana saya menghadapi masalah platlet rendah. Alhamdulillah saya masih bertahan. Kepada pesakit SLE sekalian jangan risau mati kerana SLE. Ini cuma penyebab sahaja. Kalau nak mati bila2 pun boleh kalau itu yang telah tertulis di luh mahfuz. Kdg kala org yang sihat pun boleh meninggal sekelip mata. Macam arwah Din beramboi seminggu je kat wad meninggal pada hal saya ni dah bertahun-tahun sakit tapi Allah masih beri kesempatan. Syukur Alhamdulillah. Bagus nye ada SLE kita setiasa bersedia... Allahuaklam

    ReplyDelete
  14. Salam.. just nak kongsi... sharing is caring kan.. Sahabat sesama shaklee saya adalah pesakit SLE, apabila dia consume Vivix, alhamdulillah penyakit dia dapat dikawal.. sebenarnya, SLE ni takder ubat, cuma mampu dikawal jer.. Jika anda2 ada sahabat atau anda sendiri seorg SLE, tak salah klu nak mencuba suplemen kesihatan, tak salah juga kita cuba untuk sihat kan.. bleh contact saya jika berminat untuk dapatkan suplement kesihatan untuk SLE.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam..sy disahkan ada sle...btl ke dktr sarankan tukar drh

    ReplyDelete
  16. Nice sharing..bagus informasi tentang SLE ni..

    ReplyDelete
  17. sahabat saya juga meninggal kerana penyakit SLE ini..tahun lepas :-( al-fatihah

    ReplyDelete
  18. Sy seorang pesakit sle. Sya dpt tahu sy mhidap penyakit sle slepas sy dserang stroke (lumpuh sparuh bdn ) 7 thun yg lepas. Alhamdulillah, Allah masih mahu pnjgkn umur sya. Smasa dserang stroke, sy sedang mngandung 5bulan dn sy tk tahu sy adalah pesakit sle. Sblm kene stroke, sy sudah 2kali kguguran. Stlh sy slamat mlahirkn, sy kguguran lg sbnyk 2kali dlm masa 2tahun. Stelah mndpat rawatan dn kandungan djaga rapi oleh pihak dctr, sy slamat mlahirkn anak k 2. Sehingga skrg, hdup sy dkelilingi 4org anak yg comel walaupun sy stroke akibat sle. Skrg sy mngandung anak k-5, dn telah mngandung sbnyk 9x dn gugur 4x. Sy tidak mngidap drah tngi, kencing manis. Walau apepun pnyakit kita, redha,sbar dgn ujianNya dn truskn hdup dgn gmbira.

    ReplyDelete
  19. Saya telah disahkan mengidap SLE pada tahun 2011 setalah dimasukkan ke wad kerana sakit dada. Setelah didiagnosis melalui beberapa ujian darah saya telah disahkan mengidap SLE. Sehingga kini saya masih dalam rawatan doktor dan allhamdulilah saya menjalani kehidupan normal dan redha dengan ujian ini. Diharap rakan-rakan yang senasib dapat menjalani rutin harian denagan baik. Insyallah.

    ReplyDelete
  20. Salam..isteri saya norharlina bt ismail bru shaja meninggal dunia pda 10.12.14 akibat penyakit SLE..arwah mnggalkn sya bsma seorang ank yang msih kecil brusia 5blan lbih.. wlaupon amat brat hati ini menanggung khlangan isteri tercinta yang sya knali slama 12tahun..tpi sya redha dgn ktentuan Illahi..Allah lbih menyanginy dri sya..dlm msa 2blan shja pnykit ini myerang,pnykit SLE ini sdah mrosakkn sbhagian organ2 pnting arwah.yang prtma skli rosak adalah kdua-dua buah pingang arwah..jgn rsau kpda pnhdap SLE,kkuatan dri adlah snjta utama utk mlwn pnykit ini.jgn mdah ptus hrapan,trus brjuang shingga pnykit ini dpat drawat..InsyaAllah moga Allah permudahkn sgala ursan kita.yang pnting dsaat kita dtimpa musibah ini,sllu lah kita mngingati Allah, jgn sesaat pun kita melupakannya.. InsyaAllah Allah akn membantu kita.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Al-Fatihah untuk kakaknie..
    saya pun slah seorang pesakit SLE juga
    sudah masuk 3 tahun lebih saya menghidapi penyakit ini...
    dari form1 akhir tahun dan hingga sekarang form4 tahun(2013-2014)

    ReplyDelete
  26. Al-fatihah...sy pun seorg pesakit sle disahkan sejak 2012...kpd pesakit2 sle diluar sana kna fikir positif k...

    ReplyDelete
  27. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.

    Saya juga pesakit SLE, sejak dari kali pertama warded serangan misteri...dah 18 tahun rupanya saya hidup bersama SLE ni. Ia bukan suatu yang mudah, namun alhamdulillah, kehidupan saya telah banyak berubah dan semakin baik.

    Benarkah Ada Alternatif Pengambilan Steroid Buat Pesakit SLE?

    ReplyDelete
  28. Arwah kawan baik saya baru meninggalkan saya semalam tepat pukul 7 malam kerana penyakit ini. Baru menghidapi tahun ini bulan Sept.. luluh hati saya... al fatibah sahabat

    ReplyDelete
  29. Assalam. Anak saya skrg berumur 21 tahun juga penghidap ITP dan SLE sejak umur10 tahun selepas kena denggi berdarah. Sokongan dan kata2 semangat berterusan juga memainkan peranan penting untuk pesakit sle ni supaya tabah menempuh cabaran dan kesukaran yg perlu ditempuh sebagai penghidap. Solat hajat serta doa tanpa putus asa dari pesakit sendiri dan juga ibubapa amat penting selain dari ikhtiar lain yg dilakukan untuk mencari penawarnya di samping berdisiplin mengambil ubat yg dibekalkan oleh hospital. Apa yg selalu saya katakan pada anak saya ialah berjaya pada usianya dan jangan fikir sgt pasal apa akan berlaku dimasa hadapan sebab kematian tu berlaku pada semua orang. Kata2 peransang dan sokongan berterusan dapat membantu anak saya meneruskan kehidupan dengan fikiran yang positif dan cemerlang dalam bidang akademik dari upsr, pmr,spm dan menamatkan diploma perakaunan dengan sijil dekan setiap semester dan skrg menunggu keputusan permohonan untuk sambung ke peringkat ijazah. ITP dan SLE tidak menjadikannya seorang yang menghitung saat kematian. Kepada pesakit sle dan itp di luar sana janganlah kecewa dan putus asa kerana allah telah memilih anda sebagai pesakit sebab anda mampu menempuhnya. Banyakkan berdoa dan berfikiran positif, in sya allah anda akan dapat menjalani kehidupan seperti org lain dengan tabah dan ceria.

    ReplyDelete
  30. Salam. Sy pengidap SLE. Pada mulanya sy menghidap bengkak badan yg teruk. Sy tidak tahu apa penyakitnya. Sy search google dan baca article dari Dr. Dari situ sy pergi ke hospital utk mendapat rawatan. Sy pernah buat renal biopsi dan keputusannya sy dapat tahu sy pengidap SLE class 4/5. ujian darah sy pada masa itu sgt teruk. Hanya sebulan SLE(penyakit lupus,boleh google) telah merosakkan buah pinggang sy. Baca creatinine hmpir 200, urea sy 25 above, proteinuria sy lebih kurang 13gram for 24hours measure, blood dlm urin pun 3/4+. Badan sy mmg bengkak teruk sehingga berat 110 dari berat asal sy 88. Sy rasa seperti tidak boleh meneruskan hidup, nk naik satu anak tgga pun xlarat. Tuhan je tahu perasaan ketika tu. Umur bru 25 dh sakit. Rasa xberguna sebab xdapat berkhidmat pada ibu bapa. Dr hospital menasihati dan byk memberi semangat. Sy menjalani rawatan kimoterapi 6 kali(iv cyclophosphamide). Selepas kimoterapi yg pertama. I responded well dengan cyclophosphamide. Dan di terus kan sehingga habis 6 kali. Bengkak hilang dan buah pinggang kembali normal fungsi nya. Skrg sy hanya makan separuh prednisolone 2.5mg dan cellcept utk menstabilkan imum system badan sy. Kata dr. sy perlu makan sehingga 3 tahun ubat tersebut. Elak kan terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran ultra violet boleh menyebabkan penyakit SLE 'flare' kembali. Kini dengan kuasa tuhan sy kembali sihat. Cuma perlu follow up di hospital 3 bulan sekali. Sy ingin mengucapakan terima kasih kepada para dr. di hospital seberang jaya penang merawat sy ketika sy terlantar. Terutamanya dr. Kok Lai Sun. Dia byk beri nasihat dan semangat kepada sy. Ketika sy menulis ini sy telah sihat. Semasa sy mula baca article ini dulu, sy tengah sakit teruk. Sy sekarang bertugas sebagai guru di Sarawak. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mencurah bakti mendidik anak2 di sini. Kepada pasakit SLE jgn lah sedih mcm sy dulu. InsyAllah setiap penyakit ada rawatan nya dengan kuasa tuhan. Sekiranya ada soalan apa2 boleh la email sy. Sy boleh la jawab sekadar yang tahu. sy dlu pun tercari2 tempat hendak bertanya ttg penyakit ini, jadi kalau kawan2 yang baru ada masalah penyakit ini sy sedia menjawab. jgn sekali2 ambil ubat atau supliment tanpa nasihat dari dr. sy sendiri tidak menggunakan sebarang suppliment utk pulih, cuma ubatan moden.

    ReplyDelete
  31. Assalam,saya pengidap SLE, Allahamdulilah dengan kepakaran doc masa kini saya dapat menjalani hidup yang normal, cuma pada tahun lepas saya diserang demam panas yg berulang dan setelah dibuat pemeriksaan oleh doc pakar, selaput jantung dijangkiti kuman dn telah menerima rawatan antibiotik selama 28 hari di wad Hospital Sultanah Fatimah, Muar. Kini di usia 54 tahun dn masih lagi berkhidmat dgn kerajaan saya masih boleh bersaing dengan orang muda. Kepakaran doc masa kini dpt membantu pesakit SLE.

    ReplyDelete
  32. Salam, adik saya nurhidayah juga telah meninggalkan kami semua pada 12.11.2014 kerana SLE. Pada 3 bulan pertama kandungan, kaki bengkak dan pemeriksaan menunjukkan ade kebocoran di buah pinggang. Ketika kandungan berusia 6 bulan, baru disahkan SLE. Pada 8 bulan kandungan, meninggal dunia di PPUM ketika sedang mengambil oksigen akibat sesak nafas . Baby dpt dikekuarkan tetapi oksigen n blood supply dah cut off sewaktu adik saya diserang sawan ketika sesak nafas. Baby kedua juga meninggalkan kami setelah 5 hr di dalam PICU.

    Adik saya keninggalkan seorang anak lelaki kini berusia 4 tahun setengah. Tinggal dengan kami .


    Ketika adik sy berusia 18 tahun, disahkan penghidap ITP iaitu platlet rendah. Doktor cadangkan buang limpa kerana dah amik steroid 2 tahun.

    Semoga nurhidayah dan izz muhammad rifqi sentiasa di dalam libdungan allah.

    Kaknor rindu adik .

    ReplyDelete
  33. Salam,, bila bercakap pasal sle nie,, wife saya sekarang tengah betarung nyawa di htjs, sudah hampir 2 bulan terlantar,sle nya telah membuta kan mata nya, membocor kan usus kecil nya,,menganggu buah pinggang nya(420 reading) dan mengecutkan salur darah nya@urat, mula sle nie pada 2010,lepas tu bulan bulan follow up, akan tetapi stop follow up selama setahun dan dua minggu sebelum Ramadhan 2016 dah jatuh sakit gastrik,padahal nya sle dah tebuk lubang dkt usus,kesan kegagalan buah pinggang membuat kan mata jadi bengkak dan berdarah dan dah x boleh nampak, selepas rawatan wife saya dah mula stabil tapi apa kan daya, dia terkena pulak jangkitan kuman dari pesakit sebelah katil,kuman yg amat kuat sehingga terpaksa guna bantuan pam pernafasan, buah pinggang valve jamed balik coz x blh kencing, raya haji yg ke tiga jam 1735 jantung nya terhenti selama 15minit,buat cpr x jln, lastly doktor guna karen baru jantung berdegup balik, dan kini masih berharap Allah swt memberi peluang dan ruang kpd wife saya,

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page