Daisypath Anniversary tickers

21 September 2012

Kami Sudah 5 Bulan!

 
Eceh!ngade tak letak gambar tu sempena dah 5 bulan rasmi menjadi suami isteri??hehehe...feeling-feeling nak berdandan macam pengantin lagi la pulak.. =)
 
Meh bace tips amalan mulia rumah tangga dari Pa&Ma..
 
11 amalan mulia dalam keluarga
  1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  3. Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  5. Saling sayang-menyayangi.
  6. Boleh bertolak ansur.
  7. Bertanggungjawab dan amanah.
  8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  9. Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  10. Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  11.  Sentiasa senyum.
Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.
p/s: secare jujurnye aku tak reti nak gune dashboard yang baru ni..agak bersepah rasenye..nak browse gambar pun tak tau macamane..sebab gune pc opis ni ade bende yang tak boleh tengok..huhu..~ mungkin lepas ni hari-hari update entry pakai henpon je kot???
 
 
 

13 comments:

  1. kejap je kn da 5 bln blalu..smuge kekal bhgia smpi ble2...Amin...

    **xbape gemar dgn interface br..tkial2 rse mau gune..huhu

    ReplyDelete
  2. tahniah ..

    *sy pon xreti gak..isk..susahnya nk cr sesuatu..td nk post entry pon dok tercari cari lgi

    ReplyDelete
  3. wah dah 5 bulan ye..dlam perut dh 4 bulan..syoknya..x lama lg complete la sebuah keluarga:)

    ReplyDelete
  4. tahniahh may..semoga kebahagiaan berkekalan ya..

    ReplyDelete
  5. masih mood bula nmadu ni..hehe..thniah akak ;-)

    ReplyDelete
  6. woooooowww....rozentiknyeeee...
    jelezzz neh....
    hahaha

    cik may kene tukar header...kepade
    PUAN MAY...gitewww...

    aniverseri bulan ke-6 kn buat entry gak kot...

    ReplyDelete
  7. semoga konsisten guna tips2 tu ye.hehehe :)

    ReplyDelete
  8. semoga kekal bahgia ke akhir hayat sis... :)

    ReplyDelete
  9. dah 5 bulan eh..sekejapnyee..atie br 3 minggu kawen..masih segar mewangi..^_^

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page