Pink Diamond

15 July 2012

Mintak rumah mesra rakyat tapi taknak bayar

Assalamualaikum...

AWAS!ENTRY TIDAK BERGAMBAR!

Berdasarkan petikan akhbar 8.7.12,dah kuar jumlah tunggakan bayaran Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia a.k.a RMR1M..

Kalau nak tau detail,boleh tengok link kat bawah ni berita utusan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

Dan untuk pengetahuan,hari ni semua staff SPNB dikerahkan keluar ke seluruh negeri untuk buat kutipan tunggakan..SEMUA STAFF okei..bukan semua staff department aku je yang memang sah department yang uruskan pelantikan kontraktor bagi pemohon-pemohon tu.macam department finance kene g Kedah,department aku kene g Terengganu,department Kredit kene gi Kelantan..semua terlibat lah!ada yang dah mulakan travel seawal 5am lagi..

orang macam aku ni,memang terkecuali untuk travel jauh ni..kalau aku pegi,maknanye dorang kene jage aku yang tengah tak berapa sihat la jawabnye..so,esok dan lusa,opis aku akan lengang-selengangnye..

Hm..pada aku la..korang dah pandai apply permohonan untuk dapatkan RMR1M ni kenela bertanggungjawab.korang dah sign perjanjian yang mengatakan korang kene bayar rm150 je sebulan sampai selesai.what??rm150 untuk umah seluas 1000kps dan 866kps dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air???kalau nak compare dengan umah sewa aku ni...rm600/bulan dengan keluasan 760kps serta 3 bilik tidur 1 bilik air je..hm...

Takpun,kalau dah rasa nak umah free sangat tanpa kuar duit,apply la umah Projek Perumahan Rakyat Termiskin a.k.a PPRT..kan senang..

Pengalaman masa kol pemohon untuk maklumkan tempat SPNB berkampung nak buat kutipan pun sangat menyedihkan..ada yang tak nak angkat tepon.ada yang bercakap dengan kami seolah-olah kami nak mintak sedekah,ada yang macam cakap dengan tunggul..tapi ade jugak 2,3 kerat yang gembira dengan kehadiran staff untuk buat kutipan secara trus dari mereka.

yang mana buat-buat lupe umah dorang ada tunggakan sampai 3 tahun tu,mungkin dah lupe,geran tanah mereka masih dipegang oleh SPNB.

Aku ni bukan la nak blame sape-sape..ni cume pendapat peribadi aku..masa mohon,korang ari2 kol departmnt aku tny bile kontraktor nak buat keje la..bile umah nak siap la..kenapa kontraktor buat keje lambat la.pemohon yang jadi engineer kat tapak binaan pun ramai..bila dah duduk kat umah tu,tak nak bayar pulak..ada pengalaman staff SPNB datang ke rumah pemohon nak buat kutipan tapi kene kejar dengan kapak..manusia2...

Ops..macam lepas geram pulak..hihi..pape pun semoga semua rakan sepejabat selamat pulang ke opis dengan hasil yang memberangsangkan..

Sekian..zzz..

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. yang pelik tu, hutang kereta laju je bayar kan? sebab apa? sebab takut kena tarik. rasanya rumah pun kena buat sistem amcam tu jugak ler

    ReplyDelete
  2. nasib la ko dah berisi dlu.kalau tak bjauhan la ngan wan

    ReplyDelete
  3. Alang2 dh ckp psl ni, saya nk tnyer cmna cara nk mohon prumahan ni?org yg belum kawen blh apply ke?n kt mna nk tgk di mna prumahan ni di buat?blh x britau sy nk try applylh..

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page