Daisypath Anniversary tickers

23 October 2012

Check list barangan baby

 
Pakaian Bayi
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover

(sumber: PaMa)
Ni basic-basic persediaan untuk sambut baby...err...ibu-ibu, mama-mama kat luar sana...ada ape-ape lagi perlu ditambah??sebab ekcelli kami belum start membeli belah barangan baby lagi.. share la dengan new m2b ni..hikhikhik...


TQ..=)

7 comments:

  1. masih awal lagi utk dipk keperluan nie..nti bila almost 7month baru leh pk nie seme, bagus may listkan..sng nti nak tgk brg apa

    ReplyDelete
  2. wah sure dah x sabar ni nak smbut baby nih.

    ReplyDelete
  3. hehe.excited aku baca may!
    ko due bila?

    ReplyDelete
  4. aduh tgk list ni rupanya byk lg tak terbeli..cuak!

    ReplyDelete
  5. Sy boleh tk pikir nk beli besen mandi tu..ms dh kuar wad tgok2 dh sedia dh mak mertua bawak dr kedai dia..hehe..org tua2 tk bgi beli bj baby lg smpai brsalin,entah knapa,tp sy beli je..mmg perlu beli,lpas bersalin camane nk g beli kn..list tu dh cukup kot,tmbah kelambu baby kot..jgn lupa beli keperluan utk ibu brpantang juge ye..

    ReplyDelete
  6. wah..saya nak bagi pandangan,saya pun tak pernah ada anak dan tak pernah ada pengalaman semua ni...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page