Bahan-bahan untuk 2 orang
1) bawang besar 1 bijik - dicincang halus *aku guna bawang merah 2 bijik sebab bawang besar tak restock lagi..hehe..
2) bawang putih 3 bijik - dicincang halus
3) 3 ketul ayam - bahagian isi di potong kecik
4)daging kisar / daging biasa dipotong kecik * aku gune daging burger Ramly je..
5)mix vegetable *aku gune jagung je..mix vegetable tak de stok dalam peti
6)lada kecil / 1 sudu kecil cili boh - ni option je..nak letak boleh.kalau tak nak pun boleh jugak..kalau pakai lada kecik,hiris nipis..ni untuk penggemar pedas..
7) 2 sudu besar sos cili
8) 2 sudu besar sos tomato
9) 2 sudu besar sos tiram
10)garam secukup rasa *aku letak sedikit sahaja
11) telur 2 bijik
Cara-cara nak masak
1) tumiskan bawang-bawang yang dah dicincang tadi sehingga layu..jangan sampai hangus pulak!bile dah agak layu aku masukkan daging burger yang di potong kecik
2) beberapa minit lepas masuk daging tu baru aku masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato dan garam secukup rasa.aku letak sedikit je air bagi sedikit berkuah..tapi jangan banyak sangat..nanti macamane nak bungkus kan...
3) aku letak ayam yang dah potong tadi..tunggu sampai masak..
4) Campurkan mix vegetable...siap..tinggalkan sekejap di tepi...
5) pecahkan 2 bijik telur dan kacau.kemudian tebarkan di kuali sebesar yang mungkin..guna api yang kecik..
6) masukkan bahan yang dah di masak tadi kat tengah-tengah telur dan lipat telur di tepi-tepi bahagian isi untuk membungkus..
7) ambik piring lain, telangkupkan kat kuali tu..
8) Terbalikkan kuali tu..siap!!!
wah..nyam nyam.. :)
ReplyDeletetgk gambo pun dah telan air liur...hehehe
ReplyDeletenampak simple tapi kena teliti jgk nih ^_^
ReplyDeletepergh...membuka selera pepagi buta ni....
ReplyDeleteboleh try ni.
ReplyDeletehahaha.. xkisah la selimut yg penting sedap!
ReplyDeletesy xbape suka, tp hubby suka mkn nie..tq utk resepi, boleh cuba nti
ReplyDeletesimple pun nampak sedap.. :)
ReplyDeletepart nak membungkus tu yang tricky sebenarnya kan..takpe..nanti kita test power..hahaha..thanks ye..
ReplyDeletekalau zera bungkus jd lunyai. hahha. berterabur isi dalam dia nnt. hehhee
ReplyDeletesumernya simple ja, but part nak terbalikkan telur tuu yg payah ckit.. adoyaii...
ReplyDeleteSalam.wah nampak sedap!tq share resepi.nak cuba buat ptg ni
ReplyDelete