Daisypath Anniversary tickers

6 January 2012

:: LEGGING??HARAM KE HARUS??NUR AMALINA??YUNA??APE SEMUA INI ::

**klik SINI untuk dapatkan perfume Golden DKNY Delicious secara percuma**
pss..korang ada sebulan je lagi nak dapatkan perfume free tu...cepat klik laju-laju..hihihihi
 
Hari Jumaat gini, nak share pasal pemakaian legging yang tengah HOT sekarang..

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,

”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad?(21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Hah, itu kata Ustaz Asyaraf.

Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri ‘dikesan’ pernah memakai seluar yang sama.

Apa kata Yuna dalam hal ini?
“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan.Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna

Dan apa pula kata Nur Amalina?
“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.
Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

(sumber: my NewsHub.my)

p/s: sama-sama memperbaiki diri..

6 comments:

  1. komen yuna..di dunia berlalu bgitu saja..tunggu saja di akhirat nnti..


    Amalina pula,ini yg di katakan guna akal saja,tapi tidak sampai kpd hati..

    kesiannya mereka..

    ReplyDelete
  2. bila orang 'bijak pandai' berkata-kata mcm tulah gayanya yang memang tak kena gaya... ntah pape.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikumMay...susah nak ckp kalau die org nak pakaikan kita x boleh halang terpulanglah pd individu itu sendiri.....:)

    ReplyDelete
  4. what up !
    x suke tgk perempuan pakai legging.. rase macam nak tendang je.. kdg2 yg pakai da la badan besar mcm gajah lepas tu pakai legging.. teruk betul..ape nak jadi tah..

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt dgn komen pertama tu semoga mereka mndpt hidayah huhu...

    ReplyDelete
  6. entahlah, rasanya ramai je yg pakai.. hukum tolak ketepi.. Banyak benda lagi yang org ramai langgar..

    bukan takat legging je.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page