Daisypath Anniversary tickers

6 February 2017

Short Trip Kami & Tips Bawak Baby Bercuti Ke Melaka

Hai!

Happy monday uols! Happy ke blues blues je???

Saya happy sangat sebab dapat jugak berjalan ala-ala cuti Malaysia walaupun pendek sangat jangka masa berjalan-jalan. 😅😅

Maklumla.. suamiku pilot teksi epot. So memang jejarang la kami ni dapat jejalan sebab suamiku kerja tak tentu masanya. Biasanya memang duduk je la dalam rumah diam-diam bila weekend. Nak jejalan lama-lama pun memikirkan sewa teksi LIMO berjalan seperti biasa kan. Kesian pulak tengok suamiku strugle nak bayar sewa harian.

So, memandangkan ada kenduri kahwin di Segamat, Johor pada hari sabtu lepas, selesai je kenduri tu kami meneruskan perjalanan ke Melaka nak bawak anak-anak main air kat swimming pool hotel je.. Mintak maaf sangat kepada family kami ( Emak saya & Ibu Bapa Mertua) sebab kami tak singgah balik kampung. Bukan apa, sekali-sekala je kami berjalan-jalan. Bulan depan kami balik kampung pulak ye.. =) Sebab dorang semua tanya kami nak ikut dorang balik tak.

Kenduri kat Segamat ni wajiblah saya hadir. Sebab ni adalah kenduri di rumah ayahanda saya bersama ibu tiri saya. Kiranya ni wedding adik tiri saya. (Rasa terskema sangat ayat ni..hehe...)

 
Bila perut dah kenyang, dah bertegur sapa dengan saudara mara sepupu sepapat saya yang hadir ke kenduri di Segamat tu, saya pun gerak ke Melaka. Ikut jalan dalam je. Sebab dah dekat kan? 

Sebab holiday ni pun macam ala-ala jadi ke tidak sebab suamiku pun bagitau last minute dah tengah malam, baju pun baru nak pack pukul 2am. Hotel pun tak booking.

So on the way ke Melaka tu, saya dok tengok Trivago. Cari hotel yang bersesuaian. Budget saya lebih kurang RM300/night. Sambil suami drive saya baca la nama hotel-hotel yang bagi fasiliti yang ok, view santik..

Suamiku kata check in Estadia Hotel. Saya pun booking terus secara online. Pukul 5pm nak check in, sekali takde swimming pool. Terpaksa saya cancel booking dan cari hotel lain.

Tiba-tiba saya tenampak The Best Hotel 2016 - The Pine Hotel.

Terus saya buat booking online. Kitorang gerak ke hotel ni.  Bilik kami dapat ni menghadap dengan Sungai Melaka. So nampak la bot-bot pusing-pusing kat sungai ni.

Bilik kami tingkat 20. Dan hotel ni bertaraf 4 bintang. Nanti saya cerita detail lagi pasal keadaan dalam bilik ni dalam entry kat [sini.]

 

Sampai je hotel memang tengah penat. Sebab biasa la dah berpeluh-peluh kat kenduri tengahari tadi. Badan melekat-lekit. Suruh bebudak dua orang ni posing dulu kat bahagian sofa rehat dalam bilik. Lepas tu salin baju dorang dan terus masuk pool!!! yeay! Pool pun best sangat.. 

 
Dah kesejukan berendam dekat pool, saya bawak si adik naik bilik dulu. Mandikan dulu, bagi si adik tidor sebelum nak keluar makan malam dan naik beca.. So time dia tidur tu, mama dan abahnya boleh la rehat sambil siapkan diri sendiri nak berjalan.

TIPS bawak budak kecil berjalan : Jangan terlalu stresskan mereka demi memenuhi hajat diri mak pak yang nak pusing-pusing habis pergi semua tempat viral! haha..

Ni la tips saya. Sebab lagi banyak tempat kite nak pergi lagi penat diri sendiri..Budak kecik ni lagi la double triple penatnya.  So malam tu kami bawak dorang naik beca je.. Si kakak pulak dah rambang mata tengok kartun cute kat beca sampai tak selera makan. Paham sangat dah perangai dia. Dapat naik bace beca frozen terus senyum sampai telinga.

Harga naik beca ni sekarang RM25/beca.

Lepas naik beca, terus kami balik hotel. Mata pun dah berat.
 
Esok pagi tu, kami ke Taman Mini Asia pulak. Tapi takde la pagi sangat.. Dah tengahari check out hotel baru ke Taman Mini ni..

Bukan bangun lambat tau yang keluar tengahari tu. hehehe.. Lumrah bawak anak kecik..baby kan ada waktu tidur dia kalau tak dapat dia mesti mengamok punye.. So bagi chance baby dapat tidur yang cukup. Lepas je breakfast kat cafe hotel, dia dah merengek-rengek. Upah susu ibu terus tidor sampai pukul 11:30 am. Time dia tido, sesiap la kami kemas baju nak check out. Dia bangun je tidur terus check out dari hotel.

Jambatan gantung ni kat Taman Mini Asia tau. Goyang-goyang bila kita lalu.. Tapi takde la gayat sangat.

Bayaran tiket nak masuk ke Taman Mini Asia ni RM11.90 untuk dewasa danRM5.90 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

 

Kalau dah penat pusing Taman Mini, boleh ambik angin dengan naik kuda.


Caj untuk kuda ni RM5/seorang. Nanti kuda buat 2 pusingan padang tu. Tapi since kami datang tu tak ramai orang, dapat la 3 pusingan. hiks..


Nampak tak baby Qayyum memang tak nak duduk atas kuda.. Takut agaknya.. Nama kuda ni Sofea. Kuda betina. Bukan kuda perempuan.


Haha...


teringat suami saya tanya kat budak yang bawak kuda ni.. Kuda perempuan ke? Terus saya tergelak dengan dengar dia soalan merapu dia..


Habis naik kuda, jalan-jalan carik makan tengahari pulak kat Pantai Klebang.

So, tak banyak tempat pun saya pergi kan? Hanya beberapa tempat je.
Sebab kesian kat anak jugak mesti penat. Ini saje pun dah rasa lelahnya sebab kite kene berjalan dari satu rumah ke satu rumah ikut negeri. Mula-mula je kami panjat umah nak tengok dalam.


Yang lain-lain kami setakat ambik gambar dari luar je. Tak larat lagi nak turun naik tangga. 


Tq sudi baca. Nanti saya continue lagi pengembaraan kami 4 beranak..


Muahciked! Bye.
 

3 comments:

  1. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki kalian sekeluarga, sesekali bawa anak berjalan memang seronok....

    ReplyDelete
  2. waw! besttnya.. tak sabar nak tgu next entry pasal taman mini asia ni.. hehehe

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page