26 February 2017

CERITA BIRTHDAY ANAK LAGI

Assalamualaikum..

Hai! Selamat berhujung minggu.😘😘

Hujung minggu ni kami di rumah saje sebab suami saya kerja. Sibuk sikit bulan depan nak bercuti panjang. Ada kenduri adik ipar yang bongsu.

Ok!

Nak tempek gambar birthday anak lagi. Ai, tak habis-habis birthday anak ke??? Hari tu dah cerita birthday anak kat Tadika. 

Hari ni cerita birthday anak di rumah pengasuh la pulak. Babysitter (Ma Ani) anak saya yang plan ni.. saya tak nak susahkan mereka. Sebab andai kata dia tak anjurkan majlis untuk anak-anak asuhan dia, kami memang akan buat makan kecik-kecik kat Secret Recipe je macam biasa.

Sebenarnya Ma Ani nak buat belated birthday boy anak saya & advance birthday seorang lagi budak 3 tahun yang dia jaga. Since tarikh majlis tu ialah 18 Feb , bersamaan birthday Qaira Qaisara, dengan muka tak malu saya nak tumpang sekali dengan birthday girl punye kek! ☺️☺️

 

Tahun ni, semua kek frozen Qaira merasa... kek ni saya tempah dengan harga RM68.00. Comelkan?

 

Qaira punye excited potong kek! Mama blur tak tau nak potong kek ni macamne. Hahaha! Bese potong kek rata. 😅 ni kek macam gunung dah.

 

Sorang lagi birthday boy kat sebelah. Tengah potong kek jugak. Sibuk memasing sebab budak ramai kiri kanan.

 

Anak-anak pun happy.. walaupun bukan saya yang menyiapkan majlis, tapi penat jugak badan ni. Macam tuan rumah pulak.

Mungkin sebab handle Muhammad Qayyum ni. So extra sikit kerja keras. 

Alhamdulillah. Majlis lancar je. Pukul 6 petang saya gerak balik rumah. Tak jauh pun rumah saya dengan rumah Ma Ani ni. Picit lif turun je dah sampai. Hehe..

Balik cepat sikit sebab sepupu nak datang rumah pulak. Balik masak untuk dinner dengan cousin & family pulak. 

Ok. Putera Puteri saya dah lena. Boleh la sambung buat kerja kat dapur ni.

Tq sudi baca.

Bye~

1 comment:

  1. Mesti budak-budak fikir, "Wah tu camne nak potong kek tu, macam sayang je ngan kek..., nak potong kepala dulu ke kaki dulu" Happy Birthday lagi sekali ya... :-)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page