19 February 2017

CELEBRATE BIRTHDAY KE4 TAHUN DI TADIKA

 
Assalamualaikum!

Selamat pagi..

Pagi-pagi dah tempel gambar birthday girl. Amboi.. meriah ye birthday anak saya yang sulung tahun ni.. last year saya merancang untuk buat birthday kat Taska macam ni. Tapi tak kesampaian sebab masa tu saya sedang berpantang kan adik. So si kakak ada lah sindrom tantrum tak nak ke taska since mama duduk kat rumah. Sebulan jugak la dia tak pergi taska last year. Tahun ni dia seronok sangat duduk kat Taska tu. Tapi dah upgred ke Tadika Playschool untuk student 4 tahun.


 
So untuk tahun ni merasa la potong kek kat tadika dengan kawan-kawan kelas 4,5,6 tahun.. Alhamdulillah... kakak terkejut dan seronok.. mula-mula tak perasan mama & abah masuk bawak kek. Dia tengah "ralit" main dengan member kat meja.

Mama just bawak kek & goodies beg je.. sebab cikgu dia cakap dorang celeb birthday pukul 11:20am. Lunch time di tadika pukul 12. So tak payah bawak makanan berbagai-bagai. Dorang dah ada makanan pun.

Anak sulung saya ni suka berangan Like a Princess. So mama beli scarf crown tu. Over tak mama dia ni??

Hahaha...

Dia punye feeling pakai crown tu tak tau nak cakap la. Sampai mama sorok kat almari sebab geram dengan "peel" dia tu.

Bila berperang dengan mama, mesti sorok crown. Kihkihkih..

Sorry kakak. 😁

Ini gambar 17 Feb. Advanced birthday. Sebab birthday sebenar pada 18 Feb. Tapi jatuh hari sabtu pulak.

Kite cepatkan sehari nak bagi sambut dengan kawan-kawan & teacher.

Apa pun tq sudi baca. 😍

Bye~ 

2 comments:

  1. Moga jadi kenangan terindah buat anak.. kena maklum awal2,nnt darjah 1 cikgu tak dpt buat majlis kat sekolah... hehe...

    ReplyDelete
  2. wahhh, happy belated birthday buat si kakak ������ adik bongsu sy pon prnh sambut birthday kat tadika kecik dulu. salah satu kenangan manis mereka time kocik ��

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page