Pink Diamond

15 February 2017

RESEPI MEE GORENG BASAH SIMPLE ALA MAY.. =)

Hai!

Petang sikit baru muncul.. Sebab hari ni kena buat site valuation kat tapak projek! Penat sikit lama tak naik bangunan..pfft~ tapi sebab skop kerja memang merata-rata.. so penat tu rasanya biasa je. Lagi penat membebel kat anak dara di rumah.. Hehe...

Back to topic, saya nak share resepi Mee Goreng Basah Ala May..Ha.. kenapa ala May? Sukaati saya la sebab saya yang letak nama resepi.. ;p

Saya kerap jugak buat masakan mee goreng basah ni sebab anak pun suka. Yang specialnya ialah sebab saya pakai mi lidi!

Milidi ti takde rasa kapur. so tak pahit.. Cuma kene rebus dahulu milidi ni bagi lembut sebelum masak macam biasa.


Saya pernah jamu jiran makan mi lidi ni kat rumah saya.. Tak sangka suka betul nampaknya pekena mi lidi. Saya siap bagi mi lidi mentah yang saya buat stok kat rumah untuk dia masak sendiri. Semalam mintak resepi pulak..  Meh tengok resepi saya ni.. Resepi campak-campak je uols.. Yang penting sempat masak untuk anak bila balik kerja.

Mee goreng basah ala May πŸ˜‹

Bahan di bawah ni saya gunakan untuk sukatan separuh pek mi lidi.

✅1 biji bawang kecik hiris
✅2 biji bawang putih hiris
✅3,4,5 biji lada kecik- klu suka pedas hiris, saya bese letak sebiji2 dlm tu sebab takut anak kepedasan
✅2 sudu bsr cili boh
✅3 sudu kicap pekat
✅air agak2 nk kuah byk mana
🌸fishball,fishcake,tahu goreng,sayur,ayam,udang,sotong, cili merah *kadang tu saya pakai apa-apa bahan yang ada kat peti je.

Cara-cara memasak:

✍🏻️Tumis bawang kecik,bwg putih, lada.
✍🏻️naik bau je bau bahan tumisan tadi, letak pulak cili boh sehingga pecah minyak dan campurkan kicap pekat tadi.
✍🏻️ letak ayam, letak air, semua bahan2 haiwan & sayur, mee
✍🏻️siap.

Jiran saya yang mintak resepi ni cakap resepi yang tiada bahan rahsia ni dan takde add on apa-apa yang special ni  memang awesome sebab memang menambah-nambah makan katanya.. Tak pernah-pernah lagi masakan mee habis cepat.. Pakai resepi ni je cepat habis masakan kat meja tu..


Wow.. ;)

2 comments:

  1. Pagi tadi baru makan mee goreng... tapi tak basah lah... kering je... mee goreng yang sedap bagi saya tak rasa pahit mee... macam perasa tak ngam lagi ngan mee...

    ReplyDelete
  2. simple, bila rajin sy try ikut resepi May πŸ˜„ sbb sy suka resepi yg simple

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page