28 February 2017

1ST TIME CRAVING KERABU MAGGI

Assalamualaikum.

Hai!

Selamat petang. Sharing pasal kerabu maggi! 1st time saya makan ni. Kesian kan? Selalu tak pernah teruja nak makan menu macam ni. Sebab masam-masin kan macam somtam tu. Sebab cuka kot. 

Tapi hari ni saya try makan kerabu maggi buat kali pertama sebab hasutan rakan grup whatsapp zumba saya. 😂😂 mudah terpengaruh sungguh. 

So balik je kerja tadi, parking kereta. Masuk umah ambik kunci motor. Ambik si kakak kat Tadika Day Care dia. Bawak dia naik motor pergi beli kerabu maggi. 

 
Dah namanya bawak anak, dia nak beli bubur chacha pink tu pulak. 

So beli maggi kerabu & bubur chacha. 

Tapi eh!

Tokey bagi free bubur nasik. Alhamdulillah. Rezeki... Kakak Qaira ni memang suka makan bubur akak ni. Sedap. Cukup rasa semua.

 
Tapi kerabu maggi akak ni memang superb la kak.. pedas berapi!

Sesiapa yang berdekatan sekitar Rawang boleh la try. Gerainya dekat dengan Masjid area Kg Kundang. Jual aneka bubur. Recommended!

Tq sudi baca.~

1 comment:

  1. first time makan kerabu maggi masa kelas public speaking. kwn skls buat tutorial cara2 buat kerabu maggi

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page