Pink Diamond

13 February 2017

Mee Kari Special Gambang Terbaik!


Hai! Lunch dah ke??? Makan apa hari ni?

Kalau tengah mencari idea menu makan-makan, jom saya nak share tempat makan sedap dekat Gambang, Kuantan Pahang.

Sabtu lepas saya balik ke kampung sekejap. Menghantar ibu bapa mertua balik kampung. Bila hari ahad nak balik ke KL, kami singgah la sekejap di Gambang makan mee kari. Kedai makan ni kepunyaan keluarga kepada kawan sekolah kami pada tahun 1999-2001 di Sek Men Paloh Hinai.

Dah lama kedai makan ni famous. Nama kedai makan ni Mee Kari Along.

Terletak di Hentian Gambang - UMP. Kat simpang empat nak ke Kuantan , KL, Muadzam Segamat.

Menu special kat kedai makan ni ialah Mee Kari. Lain-lain menu macam sup, nasik air pun ada..

Seperti biasanya saya, bile ke sini memang akan order Mi Kari Special. Penuh dengan udang, cendawan, kerang, ayam, fishball, fishcake, bebola sotong, bebola udang.. Fuh.. nak habiskan pun penat..


Mangkuk yang super besar.. Memang puas hati.. Semangkuk ni dalam RM13-RM15 kot. Saya pun kurang pasti sebab suami yang bayar. hehe..


Boboiboi saya tu dah nak beraksi di atas baby chair.. Nampak tak dah berdiri tu? Kene la mama abah makan bergilir-gilir.. Ada sesetengah orang tak paham situasi bawa anak kecil macam ni.

Orang yang tak paham akan tanya eh kenapa tak makan? Dalam hatiku berkata, meh la jaga anakku. Boleh la kami makan tak pandang kiri kanan.. hehe..

Eh. terbebel pulak..~


Ini pulak nasik air.. Penuh dan kaya dengan daging, ayam, kekacang.. Ni menu untuk anak-anak berdua tu.. Sebab dorang memang suka hirup sup-sup.. Sedap jugak nasik air ni..

Nasib baik mi kari saya tu terlalu banyak kuantitinya. Kalau kuantitinya macam mi kari biasa-biasa aje, memang saya akan habiskan nasik air anak ni..haha.. Selera ikan jerung tau.. kihkihkih..


Semua menu di atas dibayar dengan harga RM38.00 termasuk air. 

Kenyang sepanjang jalan sampai KL.. 

Memang rekemen kepada yang suka jalan jalan cari makan.

Tq sudi baca..

Bye~

2 comments:

  1. Amboi.. meleleh air liur kita ni... huhu...

    ReplyDelete
  2. mee kari, my favorite 😍 kat kuala ketil kedah, sy suka makan mee kari kat cendol famous. perghhh, mmg sedap 😘

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page