Pink Diamond

8 February 2017

PENGALAMAN BERMALAM DI THE PINES MELAKA

Assalamualaikum.

Hai!

Ini adalah kesinambungan dengan entry saya berkenaan short holiday saya ke Melaka pada 4 & 5 hb Februari lepas.. ;) Yang nak tengok entry sebelum ni boleh jugak tekan [sini] .

Hari tu saya ada cakap memang seronok sangat check in di The Pines Melaka ni. Seingat saya, saya tertarik nak buat booking kat hotel ni sebab ternampak wording The Best Hotel 2016 di booking.com.

Sebab ini adalah last minute plan belaka, maka semua urusan booking pung last minute je..

 



Nice view kan? Bilik yang kami dapat hari tu menghadap ke Sungai Melaka. So boleh la tengok view River Cruise Melaka ni malam-malam hari.

 
Gambar di atas ni adalah ihsan dari google. Sebab gambar saya snap tak cantik sangat. Bilik ni sangat besar. Rasa macam sedang berada di rumah. Since, i have a small & cute house.hehe. fefeling macam kat rumah comel saya.. Siap ada ruangan sofa untuk berehat tau. Kalau rasa nak santai-santai kat sofa.. Anak-anak pun main kat ruangan tengah.



Kalau nak tau, ada bilik di hotel ni provide jacuzi dalam bilik, pool dalam bilik.. Ada jugak bilik yang 1 floor dengan swimming pool, tapi boleh terjun terus dari bilik tau. Yg itu tak de la private pool sangat. Tapi, at least u tak payah terhegeh-hegeh bukak pintu bilik, keluar bilik menuju ke swimming pool..  So bilik yang boleh terjun terus ke pool ni kat tingkat 8. Bilik yang ada private pool kat tingkat lain..

 

Since saya pun tak tau sangat keistimewaan hotel ni, masa mandi kat swimming pool dengan anak-anak baru tau pasal beza-beza pool ni, so we all so jealous..haha! Tapi takpe..InsyaAllah next time plan lagi dengan family ramai-ramai sebab bilik besar boleh bawak toto..hehe..

Berdekatan dengan swimming pool ni ada playground dan padang berlantaikan rumput hijau tiruan. Boleh guling-guling ok? 
 

Qaira paling eksaited nampak slide gelongsor ni. 

 
Ruang makan di cafe pun tak terlalu sempit. Just nice. Makanan untuk breakfast pun banyak pilihan. 

 
See? My baby boy mandi kat sinki je.. Hehehe.. Size sinki pun macam batch tab dia kat rumah. Syok jugak dia main air dalam tu sebab air pun warm je.. ;)

 

 

Kami berdua main dekat pool kids je.. Tak sempat nak mandi pool dewasa. ;') 

Sikit je review ni.. Harap membantu sesiapa yang sedang mencari tempat penginapan di Melaka. Ini bukan paid review ok.  Ikhlas dari hati ku yang tulus. ;D

Tu je untuk petang ni.. Tunggu masa nak menjemput anak-anak kat Taska & babysiter. ;)

Tq sudi baca. 

Bye!

1 comment:

  1. Bestnya besar. Kalau family besar dah ok ni.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page