Pink Diamond

22 February 2017

CARA-CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN DENGAN MURAH SERTA MUDAH

Assalamualaikum.

Hai!

Selamat pagi...

Breakfast dah? Saya dekat Car Wash ni. Cuci kereta kejap. 😁

 
Sambil tunggu kereta dicuci ni, meh nak share cara-cara menghilangkan bau badan dengan kos yang murah. Tapi takde la murah sangat sebab harga barang pun dah naik sekarang ni kan.


Caranya ialah dengan menggunakan limau purut.
.
Tak kenal limau purut macamane? 
.
Jom saya tunjukkan....
 

Haa.. yang mengerutu tu limau purut ye.. yang licin limau nipis. Yang licin dah kecil limau kasturi..
.
Sekarang ni memang susah nak dapat limau purut. Kene beli. Pokok kat kampung pun dah kene tebang. Jenuh jugak cari. Masa balik kampung pergi pasar basah Sungai Besar baru jumpa.

Sekali beli, suami saya beli banyak macam nak kenduri. Kalau suruh laki beli barang memang macam tu kejadiannya.

Jadi, mandi la dengan limau tu sampai lebam.😅

Kalau dah jumpa limau ni, potong dua je. Lepas tu gunakan untuk mandi. Boleh gosok buah limau tu di bahagian pelipat badan paling utama.

Sebab dah beli banyak, tiap hari memang saya mandi limau purut. Ni bukan buat kepercayaan karut ke hape ye.. takde baca-baca serapah pun.

Saya memang suka mandi dengan limau purut sebab masa mandi limau bau bilik mandi harum semerbak segar je. Lepas tu memang sampai ke luar bau limau tu.

Lepas mandi badan rasa segar dan sejuk.

Masa berpantang kat kampung dulu, cuaca sangat panas. Badan berpeluh. Saya memang tak selesa. Seminggu 2,3x saya mandi limau. Kadang dengar suara mak mertua berbual dengan jiran datang umah sebab ada beranda belakang rumah. Orang tanya kenapa bau limau kuat? Mak cakap menantu aku tu mandi limau. 😅😅

Saya percaya petua ni memang berkesan. Sebab saya dah guna dari umur 11 tahun. Sekarang dah 31 tahun. Hehe..

Kisahnya... Masa umur saya 11 tahun, saya ke Kuantan nak habiskan cuti sekolah di rumah kakak. Lepas tu kakak cakap ish badan kau ni bau peluh. 

Budak darjah 5 tengah aktif main netball masa tu. Haha. Memang peluh sangat badan. So kakak la yang bagitau cara hilangkan bau badan dengan limau purut ni.

Dia siap suruh pakai deodarant Rexona. Sampai sekarang saya masih pakai rexona.. 😅😅

Budak umur 11 tahun zaman dulu tak macam budak sekarang. Dulu comot.

Budak sekarang..... umur baru 4 tahun sekarang ni gi Tadika pun nak pakai minyak wangi. Nak pakai lipstik tau... 
.
Tu adalah anak saya la..
 
Dah macam baru lepas tuang sirap dalam mulut pulak gayanya.

Mujur la mamanya ni stokis product-product kecantikan homemade bebas kimia. So tak kisah sangat dia nak pakai jellytint ni sebab jellytint ni pakai aloevera.

Harga pun RM10 je. Tapi sesuai untuk semua lapisan umur sebab sifatnya adalah bahan-bahan alam semulajadi.

Eh.. terpromosi bisnes kite pulak.

Sorrryyyy.. thehehehehee~~

Ok lah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk awak yang baca ni ye.

Tq sudi baca.

Bye~ 

5 comments:

  1. kalau guna limau nipis boleh? sebab kat blkg rumah ada pokok limau nipis 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure berkesan ke tak.tp pnh jugak mndi limau nipis sbb masa tu mmg tak jmp limau purut ni..masa tu sbb pns sgt.hari2 berpeluh..rimas.

      Delete
    2. ohhh, rasanya berkenan sebab sy baru teringat jiran depan rumah minta limau nipis utk dibuat mandi nak keluarkan angin 😄

      Delete
  2. Bila baca entry tiba-tiba nak p carik limau purut, nak bagi semua ahli dalam rumah tu wangi.

    ReplyDelete
  3. Saya ada tanam, tapi belum besar lagi... nanti boleh lah cuba kalau dah berbuah...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page