Daisypath Anniversary tickers

2 August 2013

rasa sakit melahirkan anak seperti...



Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Soalan ini telah dijawap di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"

Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?

Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?

Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?

Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?

Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.

sumber: FB

********************************************************************************

Saat ini terasa touching...bila diri sendiri bergelar ibu...merasa sakitnya melahirkan anak...dan bila si Qaira selamat keluar dari perutku...perasaan....lega..touching..terharu....macam-macam lah!...




kini sudahpun 5 bulan usia si kecil..

mama love u so much sayang....

p/s : harusla enterfghame muke anak sendiri! huhuhu

4 comments:

  1. baru kita fhm pengorbanan seorang ibu kan May..akak pun touching sgt2 bab2 gini..nak pulak tgk muka si kecil..mcm2 terasa ..

    ReplyDelete
  2. adeh.mmg tak sanggup nk byg :'(

    ReplyDelete
  3. sayapun setuju memang touching sangat..

    comel si Qaira, terasa sekejap jer masa berlalu dah 5 bulan dah umur dia (^_^)

    ReplyDelete
  4. kejap je kan. hari tu saya ingat lagi baca entri2 berkenaan mengandung. sekarang dah membesar dah..hehehe

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page