Pink Diamond

3 August 2013

Qaira dengan kereta baru

Sekarang ni, Qaira dah tak mo baring aje..dah puas kot..terbaring,meniarap, berguling...asyik ulang benda yang sama je kan??
Bila takde orang layan merengek je..tu kot yang sampai serak-serak suara sekarang....agaknya kat umah pengasuh ibu dia tak boleh nak pegang dia je..tu yang melalak-lalak sampai 'rock' suara Qaira..hurm..Qaira...Qaira...
Kat umah pun, aku tak larat la nak pegang je..masih ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan di rumah..kalau tinggal atas tilam, mesti meleh-leleh air mata tu..mesti tak sampai ati punyo dengar menangis-nangis...
So, solutionnye beli 'kereta' baru untuk si Qaira..walker laa....hehe....beli kat Jusco....
Kriteria-kriteria pemilihan walker ini adalah...
Warna ; tak nak yang cepat nampk kotor...kata abah Qaira...warna ni ok sikit...
Seat : yang ni soft sikit..compare to walker lagi satu tuh...tak comfort sangat..
Boleh laras : walker ni boleh laras ikut ketinggian baby..so, takde la kaki baby tergantong je kan....
Lock & Open : err...yang ni tak tau nak klasifikasikan sebagai ape...tapi, kalau tak nak Qaira merayap sampai ke dapo, boleh lock & pusingkan roda tu ke atas..so, dia tak boleh bergerak..statik je kat situ..jadi macam jongkang jongkit...or nak bagi makan tu kan, pusing je roda tu naik, komfem tak payah main kejar-kejar masa nak suap tu...tapi, buat masa ni Qaira masih belum makan lagi...
So far, Qaira suka sangat dengan 'kereta' barunya ni..Qaira dah pandai tolak kaki untuk gerakkan 'kereta' ni..
Tapi, letak Qaira dalam ni pun tak terlalu lama..letak kejap-kejap je.. =)

4 comments:

  1. best la dia dpt keta baru yer..

    ReplyDelete
  2. isy dh 2,3 kali refresh gmbr xkuar...nk tgk..wasap2 :)

    ReplyDelete
  3. kena cari yang selesa.. kalau tak, memang budak2 tak selesa..

    ReplyDelete
  4. aloloo. qaira ni manjenye. hihii tak leh kena tinggal ye. :)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page