27 August 2013

Sekarang ni kerjaya jual kereta pun dah tak selamat...

Assalamualaikum..
 
 
Serdang: Niat seorang lelaki bersama rakannya berjumpa dengan individu yang ingin membeli kereta Mercedes Benz E 200 miliknya di sebuah pasar raya di Puchong bertukar pengalaman mengerikan apabila mereka diculik sebelum dikurung tiga lelaki dalam sebuah rumah dan dibelasah dalam keadaan tangan serta kaki berikat.
Malah, penjenayah turut menggunakan alat renjatan elektrik kepada mangsa berusia 41 dan 44 tahun menyebabkan mereka pengsan sebelum dibawa ke sebuah rumah di sekitar Puchong sebelum dibelasah.

Tidak cukup dengan itu, mereka berdua turut dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank masing-masing selain kereta yang ingin dijual dan sebuah lagi kereta Audi A6 dinaiki bersama wang tunai dan barangan berharga membabitkan kerugian dianggarkan RM500,000.
 
 
Sebaik penjenayah itu berhasil mendapat apa yang dihajati, mereka kemudian mencampak mangsa di kawasan Sepang, Khamis lalu sebelum melarikan diri.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakan datang ke pasar raya itu pada jam 3 petang, Khamis lalu untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang kononnya berminat membeli keretanya.
 
Menurutnya, sebaik bertemu, lelaki itu pada mulanya berlakon seolah-olah berminat dan bersetuju membelinya. Namun, lelaki itu memaklumkan akan menyerahkan wang pendahuluan kepada mangsa dan perlu mengambil wang itu di Tasik Prima, Puchong kerana wang itu berada dengan rakannya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut lelaki itu dan tiba di lokasi dimaksudkan. Ketika itu, dua lelaki dipercayai rakan lelaki pertama sudah menunggu di dalam kereta.
 
“Ketika mereka mahu mengambil wang pendahuluan itu tiba-tiba kumpulan lelaki terbabit bertindak menggunakan alat renjatan elektrik ke leher kedua-dua mereka.

“Mereka menggelupur kesakitan sebelum tidak sedar diri. Kedua-dua mereka yang sedar tidak lama kemudian terkejut apabila berada dalam sebuah rumah dengan tangan dan kaki berikat,” katanya.

Sumber berkata, mangsa turut dibelasah dan dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank selain telefon bimbit dan barangan berharga lain dirampas.

“Selepas puas membelasah mangsa, kumpulan lelaki itu membawa mereka keluar sebelum dicampakkan di tepi jalan di Sepang.

“Lelaki terbabit turut melarikan kedua-dua kereta milik mangsa dan rakannya,” katanya.

4 comments:

  1. hmm negara sendiri pon dh mcm xselamat dh.,

    ReplyDelete
  2. macam2 skrg ni may..bukan stakat jual kereta je...jual apa2 pun

    ReplyDelete
  3. tak boleh bayang kena stunt gun tu.. gila betul.. boleh kena heart attack..

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page