Daisypath Anniversary tickers

27 August 2013

Gangguan bekalan air di 88 kawasan KL!


Kuala Lumpur: Sebanyak 88 kawasan di sekitar ibu negara dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal yang berlaku di Rumah Pam Wangsa Maju sejak 4 petang kelmarin.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata, rumah pam itu mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama dan kerja pembaikan masih dijalankan.

“Tempoh pembaikan rumah pam itu masih belum dipastikan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kenyataannya, dianggarkan 91,963 akaun pengguna membabitkan 98,637 pintu rumah di Kuala Lumpur dan Gombak terbabit dengan gangguan bekalan air.

Antara kawasan yang terbabit di ibu negara ialah Flat DBKL Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementerian Pertahanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Wisma Tanah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UTM) sehingga ke Taman Putra Sulaiman.

Kawasan Gombak ialah Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Datuk Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman Tun Abdul Razak, Kampung Tasek Permai dan Ukay Height hingga ke Bukit Antarabangsa, Desa Setapak dan Wangsa Melawati.

Sebagai langkah tambahan, SYABAS menyediakan 42 lori tangki dan 525 tangki statik bagi membantu kawasan yang terbabit. - BERNAMA

2 comments:

  1. alahai..tension kalau xde air ni

    tapi kawasan rumah wina xde pun dalam senarai..hopefully tak affected la uhuhu..

    selamat hari raya CM!

    ReplyDelete
  2. tq for the info ye..akak batu cave centre points..legalah sikit..harap kawasan tak terbabitlah hendaknya..

    p/s samalah dgn knor may..banyk tu aje ada pinggan..tikar pun buruk..dinding pun dah kokak sana sini...langsir dah bertahun2 tak bertukar2..kerusi pun kerusi antik suami..sayang katanya..nak buang..masih boleh guna...gunalah..ustaz dan para ulama berkata, kalau pakai baju sampai koyak,rumah bertampal sana sini,masih mengunakan barangan yg org dah tak guna,yg kita masih pakai atau guna itulah rezeki yg berkat...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page