31 December 2013

Dokumen yang perlu untuk pengeluaran KWSP

Assalamualaikum..

Susah ke senang nak keluar duit kwsp acc 2???

Susah kalau ko ngengade nak kuarkan duit tanpa sebab yang kukuh. Senang kalau kita nak guna duit kwsp je jalan yang benaaaaarrrrrr.. Haha

Hari ni aku amik cuti sebab nak setel pengeluaran KWSP kami untuk urusan pembayaran baki 10% bagi pembelian rumah kami.... Kami pegi KWSP di Shamelin,Cheras.. Masa sampai tu tak ramai orang. Aku siap g q 3x.. Hahaa. Amik borang, cek borang, amik no giliran.

Masa gi sana, segala mak nenek dokumen kami bawak.. Sebab takut dokumen tertinggal.. Susah. Rupa-rupanya untuk pembelian rumah direct dengan pemaju, hanya bawak:
-SNP original & copy
-surat tawaran pinjaman dari Bank original & copy

Lepas tu pegawai KWSP semak balik, buat pengiraan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan.. Dan dia keluarkan penyata terkini KWSP kita.

Lepas tu tenyeh la kau berape hibu hengget ko nak keluarkan..

Lepas tu,setel. Tunggu SMS dari KWSP menyatakan duit dah masuk dalam akaun bank anda dalam tempoh 2 minggu.

Yippi.. Makcik koya.... Eh.. Silap.. Makcik kayoooo..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page