Daisypath Anniversary tickers

13 October 2017

Yee mee sup special by Me!

Assalamualaikum.
.
Hai. Lama tak tepek gambar makanan homemade by Me! Harusla by Me... Semenjak-menjak jadi isteri orang, jadi mak orang, semuanya homemade. 
.
Hari tu cakap dengan husband, 'Teringinnya nak makan sup daging..' Tau dak dia cakap apa? 'Pergi la masak. Nak beli pun boleh.'
.
Saya cakap dengan dia, 'Beginila ayat selepas kawen...' sambil buat emoticon sedih. Terus dia gelak.' Sebelum kawen macamana?' Eh dia tanya kite pulak. Kalau sebelum kawen, jom la gi kedai cari. Kan!!
.
Saje je usik dia. Tengah sibuk kerja kan. Keluar pun biasa weeken tapi jarang-jarang since bekerja tak makan gaji as a Pilot Darat ni, katanya..
.
I is tak kecik ati pun. 
.
Malam tadi cakap dengan dia, ' Nanti balik beli telur ye. Nak buat Yee Mee Sup esok' Tapi tak beli pun sebab dia penat sangat sampai lupa nak singgah 7eleven beli telur. Dah tengah malam kan..
.
So, saya ni pulak jenis mudah je orangnya. dah tak de telur kita pakai la apa yang ada. Ada ayam, udang, cendawan, pakchoi. Telur sebijik. Hehe..Sebiji je yang tinggal dalam peti. 



Maka terhasil jugak Yee Mee Sup by Me! hehe.. Healthy kan. Penuh sayur hijau terlebih masak.
.
Dulu pernah share resipi yee mee sup ni. Ni resepi zaman anak sorang. tengok ni --> Resepi Yee Mee Sup
.
Resepi saya buat hari ni lebih kurang je dengan yang dulu, cuma pakai bawang putih dengan halia je sbagai bahan tumis. Yang lain sama.
.
Resepi ni pun mintak dengan jiran. Hari tu ada makan masa kat rumah dia. So cedok resipi sikit buat untuk anak sebab tak pedas.
.
Untuk saya yang suka pedas ni, potong cili halus-halus, tabur je atas tu masa nak makan. Nikmat nye makan pedas-pedas.
.
Meh la cuba sekali tengok sedap ke idok uols buat. =)

1 comment:

  1. Sedapnya yee mee sup tu.. Memang haelthy dengan sayur warna warni.. hehehe

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page