Daisypath Anniversary tickers

4 May 2014

Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum..


Last week, aku dan husband berjalan ke Cameron Highland. Just short trip jer.. Sebab hari Jumaat tu, dia cakap, "kemas beg,esok nak pi jalan" pada pukul 10 malam pulak tu. Haish.. Geram betul. Tapi dah masak dengan perangai dia yang tak suka plan awal-awal.. Semua nak on the spot!


So malam tu terus aku pack baju & iron baju kerja husband. Sebab dah tau, hari ahad nanti mesti sampai rumah tengah malam. Tak larat nak iron baju tetengah malam ahad nanti. Memang rela iron ari jumaat tu jugak! Walaupun kene tido lambat..heh.. Ni baru betul rasa macam mak yang solehah sangat..haha!


Sampai je kat Cameron ari sabtu, kami carik tempat check in. Kami check in di Heritage Hotel.. Malam tu just kuar gi lepak dinner dengan member sekolah yang kerja kat Cameron tu..

Boleh tahan best giler bilik tu.. View bukit hijau.. Ekceli our room tu rate RM471. Tapi nasib kami baik.. dapat banyak diskaun.. ;)

Posing sakan si anak dara ni kat balkoni bilik.si abah pulak,sampai meniarap nak rakam aksi Qaira. :)

Lepas breakfast, checkout..


Suka sangat tengok gambar di atas. Haha.. Rasa macam comel je. Kihkihkih. Jangan muntah darah okeee. .

Erm.. Tempat 1st kami pi kebun bunga.. Lavendar farm..

Ambik gambar je. Maleh nak tunjuk semua koleksi gambar,nanti korang nyampah.heh!

Next, kami pi tempat teh..

Tak dapat ambik gambar baring kat ladang teh. Sebab kami sampai je. Terus hujan.. So redo ambik gambar kat atas ladang teh je..

Pi shopping sat kat Kea Farm.. Lepas tu hajat nak pick strawbery. Tapi banyak yang tutup hari tu.. Sob sob sob.

Rest si Rajoo Strawbery Farm.. Makan eskem.

Banyak tempat tak sempat gi.. Tapi member kami tu usaha sedaya upaya bawak kami pi semua tempat walaupun sekejap! Sebab kami pun gi short trip. I/Allah,next time datang lagi.. Mungkin bawak adek Qaira masa tu. Eceh. Haha!


Ngantok gile type entry panjang!

1 comment:

  1. cuciter sikit macam mana nak dapat diskaun banyak kat heritage.. nak pi cameron jugakkk...haha

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page