Daisypath Anniversary tickers

8 July 2014

Menu-menu berbuka hari 1-10

Assalamualaikum..

Berbaloikah memasak untuk berbuka? Atau lebih berbaloi ke bazar sahaja?? Lagi-lagi hanya makan berdua aje..

Pada aku, kalau kekangan masa, sampai rumah lewat, beli je la kan.. Dulu,zaman aku bekerja balik lewat petang,memang gi beli kat bazar je.

Tapi sekarang? Masak.. Walaupun berbuka seorang.. Tapi sahur berdua.. So,standby la untuk lauk sahur terus. Qaira? Makan jugak. Tapi tak banyak.. Suap tak mo. Nak makan sendiri..

Menu day 1 berbuka.. Aku follow resepi yang orang dok copy paste kat wasap tu.

Aku masak ayam masak lemak cili api.

Tapi tak berape nak berapi sebab husband tak makan pedas. Gambar takde. Dah delete.. Just share dengan kakak je. Hehe.

Menu day 2 berbuka..

Aku masak ayam masak paprik..

Campur sikit kacang panjang yang memang dah siap di potong & simpan dalam tuppaware..

Menu day 3 berbuka..

Aku masak ayam masak semur..

Menu ala jawa. Tapi sebenarnya macam masak kicap.tapi lebih pekat sebab pakai santan. Dan banyak lada putih..

Menu day 4 berbuka.

Ayam masak kurma..

Ni baru 1st time masak kurma. Hehe.. Mujur menjadi...

Ayam masak kurma je ada gambar.. Haha...

Menu day 5 berbuka..

Sambal sotong..

Hari-hari ayam.. Jemu tukar sotong pulak.. ;)

Menu day 6 berbuka..

Sardin special!!

Hiks! Asek menu heavy je.. Menumis untuk sardin pulak! Kenapa cakap special?? Ada kentang, ada bendi, ada tomato dalam 1 mangkuk untuk sardin.. Gile kreatif. Dah macam buat asam pedas.. Hahaa..

Menu day 7 berbuka..

Yong tau fu..

Beli kat bazar dekat rumah je.. Tapi lepas tu untuk sahur, aku buat perap ayam untuk buat ayam goreng.

Menu day 8 berbuka..

Ayam masak merah... Menu biasa la ni..

Menu day 9 berbuka..

Sambal udang..

Menu day 10..

Hari ni.. Macam nak buat rendang. Hehehee..

Korang nak masak ape ye?

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. petang ni encik shujin kata nak buat nasi daging.. yey~~ hihi..

    ReplyDelete
  2. knor hantam2 jer masak..ikut selera anak2..

    santan2 diorg tak nak..rebus2 jer..

    ayam kurma sudah di cadangkan..tak maulah plk..

    nampak kurma kt atas tu..mcm nak msklah plk..

    ReplyDelete
  3. Akk hari hari husben yg belikan mknn. Kalau masak pun setakat ayam masak merah untuk anak anak. Yg lain sumo beli. Beli utk 2 kali mkn je. Klw masak x habis tu dah pasti.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page