26 January 2016

Day 28 Berpantang Throwback Check in NICU pulak

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke-28 berpantang. Nak throwback kisah hari ke-3 lepas keluar wad. Nurse dari Klinik Kesihatan datang rumah buat lawatan.

Kata dia Qayyum ada jaundis. Kene bawak g cek darah kat hospital Sg Buloh bahagian kecemasan. Sebabnya masa tu public holiday new year. Semua Klinik Kesihatan tutup. Petang tu gi hospital cek, bacaan kuning 185. Dari petang, malam baru dapat result. Kene follow up pulak di Klinik Kesihatan Sg Buloh esok harinye.

So malam tu balik umah, aku makan sup ikan merah yang akak aku masak. Dalam tu ada lada hitam. Aku pun tak tau lada hitam tu boleh jadi punca kuning makin naik.

So, bile aku pergi follow up bacaan darah Qayyum kat KK Sg Buloh keesokkan hari  bacaan terus naik ke 286. Terus doc booking katil di hospital untuk Qayyum di NICU.

Hancur luluh perasaan ini sebab anak kene duduk bawah lampu. 😭

So, pergi pulak hospital, katil Qayyum dah ada. Katil untuk mama takde lagi. Sebab penuh. Kene tunggu patient lain discaj sebelah petang baru aku dapat katil.
Okey. Air mata si mak mak ni menitis tengok Qayyum menangis. Tapi lepas tu dia ok.

Sebelah petang, ambik darah lagi, bacaan kuning masih tak turun. So tak boleh balik umah la.

Lepas asar gitu, incik suami datang dengan beg roda bawak keperluan aku. Dengan makanan orang berpantang. Selambak nasik dia bawak. Nak cover lunch & dinner. 

So dia teman aku & Qayyum sampai pukul 10 malam. Lepas tu dia balik rumah sebab mak & pak mertua ada kat rumah.  Kakak Qaira pulak dah sampai kat GoaldCost Sepang ikut sepupu dia gi main air. 

Esok paginye, pukul 8:30am incek suami dah tercongok kat hospital dengan stok biskut & milo untuk aku breakfast.

Then doc bagitau result darah Qayyum yang dorang ambik pukul 5am ari tu. Bacaan dah turun ke 200. Boleh discaj terus. Yeay! 👏🏻

Tapi kene buat follow up di KK dekat rumah lepas 2 hari discaj.

Aku dok pulun makan kurma sampai dekat 2 kotak.. Sebab tak nak bacaan kuning naik lagi.

Next 2 days, bacaan kuning terus turun dan turun. Lega. Last week 20/1/16 bacaan kuning dah pun 8.5. Tak payah g cek kuning lagi. Alhamdulillah..

P/s: hujung pregnant hari tu aku dok minum susu kambing segar dalam 20 botol nak elak anak kene kuning. Rupanye tak berkesan jugak.

5 comments:

  1. hope smua berjalan dgn sempurna

    ReplyDelete
  2. Bnyknyer minum susu kambing...hebattu...kurma tu berkesan gak ek..

    ReplyDelete

  3. assalamualaikum may...tahniah2 yer...dah dpt bby boy rupa2nya...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page