Lama tak ke udara. Makin ke laut blog aku ni. Azam 2016 nak update blog secara aktif macam sebelum kawen. Boleh? Hehe..
Ok. Sekarang ni aku sedang berpantang anak yang kedua. Alhamdulillah. Selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.6kg. Beza 100g je dengan berat kakak Qaira.
Baby boy ni kami namakan Muhammad Qayyum. Tak mo buh nama complicated sangat ikut trend semasa. Kite buh nama simple je. Senang nak tulih kat buku sekolah nanti. Haha
Hari-hari aku dan kakak Qaira pujuk baby suruh keluar tahun 2016. Boleh potong kek sama dengan kakak & abah. Due date pun 10hb Jan 2016. Tapi nampaknye baby sangat tak sabar nak jumpa mama, abah & kakak. Baby keluar 30hb Dis 2015. Haii.. Rugi la dik. Kawan lain dah boleh berjalan. Awak fresh from oven.
Untuk yang second baby ni, aku pilih untuk bersalin kat Putra Medical Centre, Rahman Putra Sg Buloh. Dekat dengan rumah, dan bajet pun under cover untuk spend 1 malam di bilik single.
Proses bersalin kali ni lagi cepat dari yang sulung. Contraction start dari pukul 7am. Kebetulan pada hari tu aku memang ada appoiment 38 minggu dengan Doc Pakar yang aku booking untuk sambut kelahiran baby nanti. Bila sampai PMC, buat normal checkup, test urin, berat & bp, aku bagitau nurse dah ada contraction. Terus dia bagitau doc dan doc panggil aku masuk terus. Then, katanya bukaan dan 4cm. Terus dia suruh masuk wad.
Staff hospital tolak aku dengan wheelchair. Aku mintak nak jalan sendiri sebab nanti lambat la bukaan jalan. Tapi dorang cakap tu prosedur hospital. Patient kene tolak pakai wheelchair. Adess.
So, ditolak ke wad. Tukar baju, rehat, terus ke labour room.
Doc pecahkan ketuban. Contraction makin kuat, baby keluar pukul 11.43am.
Aku ditidurkan sementara doc & staff dia bersihkan baby & aku.
So sekarang sudah hari ke 25. Dan tak sabar nak habiskan pantang. Boring sangat.
Cik mah monggu dpn pun 38w n ada checkup..ni dah 2cm smlm check..
ReplyDeletehuhuhu.
ReplyDeletecongrat may...
Salam,
ReplyDeleteBerapa ye kos bersalin kat sane yg awak kena?
Wslm.
DeleteKos semuanya rm2,890.