Pink Diamond

25 January 2016

Berpantang Day 27 Throwback Pengalaman di Putra Medical Centre

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke-27 aku berpantang. Hari-hari menghitung hari sebab boring sangat berpantang ni bagi aku. Rasa tak mo beranak dah la! Huhu..

Sambung kisah semalam.. Semalam dok cite check in di Putra Medical Centre.

Dalam pukul 1pm kot nurse kejut aku suruh bagi breastfeed kat baby sebab baby dah lapar. Tengah mamai sebab baru lepas di lalikan, terus aku bagi breastfeed dekat si mulut kecil tu. Sebelum admit ke wad, aku dah maklumkan kat nurse aku nak FULL BREASTFEED baby. Tak nak bagi susu formula.

Lepas selesai, dorang tolak aku ke bilik. Then tak tau nak makan ape pulak. Sebab lauk kat hospital sedap sangat. Tapi tak sesuai untuk orang bersalin. Sape yang untung kalau idak laki aku kan. Segala makanan enak dia yang makan.. Lepas magrib baru aku dapat makan. Adik ipar masakkan ikan tenggiri singgang. 
Segala resepi screenshot sebab plan nak pantang kat rumah sendiri. 

Lepas magrib jugak encik somi datang bawak toto & anak sulung yang kene hantar kat taska. So malam tu kami bermalam di hospital. 

Esok pagi tu adik ipar hantar lagi lauk singgang. Belasah je la dik. Janji lauk pantang.

Walaupun tv dalam bilik tu ada astro, tapi tak semua channel astro ada. So boring la. Aku memang boring dok hospital. Seingat aku, baru 2x aku bermalam kat hospital. Pestime admit bersalin Qaira. Second time admit, bersalin Qayyum. Mujur untuk kedua-dua anak aku tido hospital 1 malam je. Tu pun dah berkematu punggung oii.

Bezanya kali ni bila bangun malam ada suami di sisi. So boleh mintak tolong dia angkat baby bile baby nangis. Bila baby berak, mintak nurse ambik tukar pampers. Sebab servis mereka semua dah dimasuk dalam bil.

Masa bersalin Qaira di hospital Ampang dulu, semua kene buat sendiri. Nak menangis rasanye. Masa tu takut nak guna GL company sebab takut ada implikasi yang kene warded lama. Mujur masa Qaira keluar, semua perempuan yang sambut.

Dalam pukul 5pm baru aku boleh balik rumah. Lega rasa. Nurse bagi bil.

Bil keseluruhan RM2,890.00. Kelengkapan baby macam 1 set baju & pampers baby dah termasuk. Keperluan si mama macam pad, towel, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, sikat, air mineral pun dah disediakan. So sebenarnya boleh check in lenggang kangkung tak payah bawak beg pun!

Okei lega. Tak lebih RM3000. So tak payah tambah duit sendiri. Yea!

Ekceli aku masuk private hospital ni dengan GL company yang mana untuk proses bersalin normal, company cover RM3,000 aje. 

So, anyone yang nak booking doc pakar wanita & tinggal sekitar Sungai Buloh, Rahman Putra, Kundang, Kuang, Putra Medical Centre ni pun okei. Korang boleh pilih nak doc lelaki @ doc pompuan. Tapi mesti nak doc pompuan kennnn. Doc pompuan yang ada masa aku booked, Doc Seri Ratna je. Orangnye lembut & kecil molek.. 

Sekian.

2 comments:

  1. As salam
    Ya Allah lamanya tk dtg sini..tup2 dah ada baby baru ye..Alhamdulillah tahniah..

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang hrga kat al islam..cik mah dulu pun sehari je..hope nnti..sehari jugaklah..

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page