Sekarang ni, Qaira dah tak mo baring aje..dah puas kot..terbaring,meniarap, berguling...asyik ulang benda yang sama je kan??
Bila takde orang layan merengek je..tu kot yang sampai serak-serak suara sekarang....agaknya kat umah pengasuh ibu dia tak boleh nak pegang dia je..tu yang melalak-lalak sampai 'rock' suara Qaira..hurm..Qaira...Qaira...
Kat umah pun, aku tak larat la nak pegang je..masih ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan di rumah..kalau tinggal atas tilam, mesti meleh-leleh air mata tu..mesti tak sampai ati punyo dengar menangis-nangis...
So, solutionnye beli 'kereta' baru untuk si Qaira..walker laa....hehe....beli kat Jusco....
Kriteria-kriteria pemilihan walker ini adalah...
Warna ; tak nak yang cepat nampk kotor...kata abah Qaira...warna ni ok sikit...
Seat : yang ni soft sikit..compare to walker lagi satu tuh...tak comfort sangat..
Boleh laras : walker ni boleh laras ikut ketinggian baby..so, takde la kaki baby tergantong je kan....
Lock & Open : err...yang ni tak tau nak klasifikasikan sebagai ape...tapi, kalau tak nak Qaira merayap sampai ke dapo, boleh lock & pusingkan roda tu ke atas..so, dia tak boleh bergerak..statik je kat situ..jadi macam jongkang jongkit...or nak bagi makan tu kan, pusing je roda tu naik, komfem tak payah main kejar-kejar masa nak suap tu...tapi, buat masa ni Qaira masih belum makan lagi...
So far, Qaira suka sangat dengan 'kereta' barunya ni..Qaira dah pandai tolak kaki untuk gerakkan 'kereta' ni..
Tapi, letak Qaira dalam ni pun tak terlalu lama..letak kejap-kejap je.. =)
Hari ni Mama Qaira nak joint Giveaway dari Cik Nurul kite. ;) lama sudah tak join giveaway..dan lama betul tak jenguk blog Cik Nurul ni...hopefully ada tuah menyebelahi Mama Qaira ni kan..amiiinnn...
My sweet memory of koz la menghabiskan masa dengan my doter..Qaira Qaisara..tapi the latest moment kami yang sweeeettttt je rasa masa Iftar baru-baru ni bersama my opismet....
Qaira pun join the club!hehehe...masa ni kami semua berbuka puasa di Rahman Palace Steamboat & BBQ berhampiran highway sebelum exit Kuantan tuh..ramai bebudak opis yang eksaited nak berjumpa dengan my doter..hehe...habis kene gomol la budak tenit ni...=D
Gambar-gambar ni pun diambil masa dah nak balik...=) thats why malap je latar belakang gambar ni..heheee....
Kenapa aku berminat join giveaway ni??
Mestilah sebab hadiahnye..hikhikhik...ish..di samping sebab adiah yang menarik, op koz la Mama Qaira nak kulit yang cerah dan berseri di aidlfitri nanti...nak kelihatan neutral beauty without makeup gitu...lagipun jenama Fair & Lovely ni sudah lama dikenali kat Malaysia ni..so, sedikit sebanyak, jenama ni dah pun ada tempat di hati ramai gadis kat Malaysia ni!heee. =)
Barangan dari Fair & Lovely ni pun mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kulit wajah..antaranya adalah vitamin B3, Vitamin C dan Vitamin E.jadi, dengan kandungan vitamin-vitamin tu, pasti boleh menyelesaikan masalah kulit suram dan bintik-bintik di wajahku ni...yeay!!
Yeah...jom doakan Mama Qaira bertuah dalam giveaway ni! aminnnnn... =)
Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.
Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?
Soalan ini telah dijawap di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "
Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"
Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?
Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?
Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?
Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?
Saat ini terasa touching...bila diri sendiri bergelar ibu...merasa sakitnya melahirkan anak...dan bila si Qaira selamat keluar dari perutku...perasaan....lega..touching..terharu....macam-macam lah!...
kini sudahpun 5 bulan usia si kecil..
mama love u so much sayang....
p/s : harusla enterfghame muke anak sendiri! huhuhu