Pink Diamond

4 January 2015

Resepi Yee Mee Sup Mudah Kegemaran Qaira

Assalamualaikum..

Hari ni breakfast kat luar. Malas nak buat sarapan. Teringin nak makan nasik dagang pulak yang sedapp sangat kat area rumah aku ni..  

So, tahap kenyang sarapan nasik dagang tu bawak ke tengahari. Terus tak masak lunch. Hihi. Dah pepetang gini, lapo.. Teringin buat yee mee sup pulak!

Masa penyediaan lebih kurang 15-20 minit je! Senang mudah simpel. Sedap! Hehe.. Syok sendiri puji masakan sendiri.

Ekcelli ni pestime try buat yee mee sup. sebelum buat tu, aku research sikit cara chef2 kat luar masak resepi ni.

So hasilnya beginiii..
Complete! Lobak,telur,sawi,ayam,fishbl.fishcakezz nyummy!

Korang nak try jugak?

Meh i tepek resepi versi i okeh? Hihi..

Bahan2:
1) yee mee * aku guna 1 sanggul yee mee untuk semangkuk sup. makan share dengan Qaira berdua je. 
2)bawang merah 1 biji -hiris
3)bawang putih 2 biji -hiris
4)halia - hiris
5)isi ayam potong kecik
6)fish cake sekeping-hiris
7)fishball- potong 2
8)sawi hiris
9)lobak-hiris
10) minyak utk tumis
11) kiub ayam
12)garam

Cara masak versi aku.
1)masukkan minyak dalam periuk dan panaskan. Bila minyak dah panas tunis bawang merah, putih & halia.
2) bila bau dah naik, masukkan ayam. Bagi ayam tu kuar air dari ayam tu sendiri.
3)untuk sup, aku masukkan air lebih kurang 500ml gitu, dan aku buh 1 cube ayam.
4)then, aku campak sayur yang keras dulu macam lobak.. Lps tu aku masukkan segala bahan yang ada di atas tu. Last sekali baru buh daun sawi dan perasakan dengan garam sesedap rase tekak memasing.
5) dalam mangkuk lain, aku letak sesanggul yee mee. Dan aku curahkan sup tadi. Yee mee tu akan lembut sebab sup tengah panas kan.. Dapatla hasil yang super ala-ala kedai konon. Cewaah..
Untuk resepi petang ni, aku pecahkan sebiji telur. Konon yee mee special la kan!

Si, ready to eat dengan anak dara ku.. Bersungguh dia makan tauu.. Hehe..


Try la.. Try la.. Nanti share hasil ok!

2 comments:

  1. patut le ade bau2 makanan kat sini...langkah kanan ni..dtg tapau sikit...hihihihi

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page