Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
. Dapat feedback positif dari ex kakak senior kat sekolah dedolu yang baru try herbal blend untuk second baby dia.. baby ada naik ruam-ruam sikit.
Tapi memang perasan, bila pakai krim ni memang rasa seronok je sebab tak berminyak dan cepat menyerap. Dengan rasa mentolnya tu, memang buat rasa nyaman je bila diguanakan. Hasilnya memang berbeza berbanding dengan krim-krim lain. Pakai di tapak tangan, tapak kaki takde kesan dan itulah yang saya suka sangat.
Antara kegunaan Herbal Blend Shaklee yang dah saya rasai ke’best’annya
✍🏻️Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream Terbaik
Manfaat terbaik yang boleh kita perolehi dengan menggunakan Herbal Blend ini
1. Membantu merawat eczema dan gatal-gatal digigit oleh serangga
Salah satu sebab teringin sangat nak gunakan Herbal Blend ni sebab kesian bila tengok anak-anak time kena gigit nyamuk. Lagi kesian bila tengok baby saya ni kalau kena gigit nyamuk. Tal pasal-pasal ada bintik merah halus kat mukanya. Mana taknya, nak halau macamana kan?.
Kenalah saya cari penyelesaian yang lebih selamat kan yang tiada bahan kimia. Betul tak? Memang cepat hilang kesan gigitan nyamuk tu bila gunakan Herbal Blend Shaklee ni.
.
2. Melicinkan tumit dari kesan tumit pecah, tapak kaki dan tumit kaki pecah kerana ini adalah masalah biasa. Sebelum jatuh cinta dengan Herbal Blend Shaklee ni, setiap malam sebelum tidur saya akan sapukan lotion pada kaki dan tangan saya.
Yang tak bestnya, bila bangun pagi esoknya tu masih terasa berminyak dan kena basuh sampai hilang minyak tu sebelum nak solat. Tapi hasilnya tak berapa cun la. Bila dah dapat cuba Herbal Blend Shaklee ni, saya memang sengih je sampai ke telinga. Mana taknya, dah la tak berminyak dan hasilnya pun buat tumit kaki lembut dan rasa lembap je tau.
3. Mengubati luka dan melecur
Fungsi yang ni mesti ramai yang tak tahu kan? Kira macam dah boleh jadi pengganti minyak gamat pun ada jugak. Bila anak-anak saya ada mengadu kena luka, saya pun suka gunakan Herbal Blend Shaklee ni untuk rawat luka. Bila tangan saya kena minyak panas pun saya sapukan Herbal Blend Shaklee ni jugak.
Alhamdulillah, panas pada tangan pun cepat je hilang tanpa tinggalkan parut. Memang patutla Shaklee gelarkannya Multi Purpose Cream sebab macam-macam boleh kita gunakan dalam kegunaan seharian kita. Saya amat mensyorkan untuk setiap rumah wajib ada 1 tiub tau.
4. Menghilangkan parut
5. Menghilangkan ruam pada baby
Ruam yang naik di badan baby dapat dihilangkan dalam masa beberapa hari sahaja dengan Herbal Blend Shaklee ni.
6. Krim kegunaan harian
Saya memang gunakan Herbal Blend Shaklee ni sebagai krim untuk kegunaan seharian saya. Bila tangan saya kering, saya mesti sapukan krim ni sebab tak berminyak dan rasa mentholnya tu boleh buat rasa tenang gitu.
Bila tak berminyak ni, saya pun rasa selesa sangat sebab tak rasa berair macam kebanyakan krim dan losyen yang saya gunakan sebelum ni.
7. Membantu memulihkan puting luka bagi ibu menyusu
Saya tak pernah cuba lagi sebab masa puting pernah luka dulu, tak teringat nak sapukan Herbal Blend Shaklee ni. Bila dah luka dan melecet sebab gigitan atau dari lidah baby ni, fuhhh… Memang sakit sangat. Menangis tu bila nak susukan anak. Boleh lawan suara dengan anak yang lapar dengan tangisan kita yang sakit tu. :)
Disebabkan kandungannya yang semulajadi dan selamat, saya yakin ianya mampu memulihkan luka pada puting tu supaya takde lagi lawan tangisan dengan anak kita kelak. :)
No comments:
Post a Comment
tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)