Daisypath Anniversary tickers

22 April 2015

Penjagaan Anak. Dari Pengasuh Ke Taska

Assalamualaikum.

Lama tak menaip di sini. Rindu rasanya. Alasan tak buat entry baru yang biasala.. Kesibukan bekerja. Balik kerja sibuk dengan anak. Eh, sibuk anak je ke? Bapak tak sibuk? Hehe.. Bapak sibuk bekerja. Tengah malam baru sampai rumah. So, si mak ni la hantar anak, jemput anak hari-hari. Mane tak terkejar setiap pagi kan. Just sometimes, bila si bapak keluar kerja lambat, dia la hantar si anak ke Taska dekat rumah kami ni.

Taska? Bukan hantar rumah orang ke dedolu..?

Masa memula pindah sini Qaira turn 1 year. Hantar pengasuh. Sebab aku tak konfiden nak hantar Taska yang ramai budak ni.. 

Tapi, bila pengasuh aku kerap sakit, aku pun tak mampu nak bertahan lagi. Sekali dia demam, aku kene cuti 2,3 hari. Lepas tu kekerapan demam tu tinggi pulak. Selalu aku amik EL. Kekawan pejabat pun dah bising. Bila aku EL, reason pengasuh demam. Dorang pun dah muak.. Dalam sebulan mesti aku EL! Sebab cuti banyak, aku tak kisah la sangat..

Biasanya aku sedapkan hati dorang.. Aku cakap, sakit tu bukan kite mintak.. Dah nak sakit, nak buat macamane...

Tapi, ada sekali tu, aku cuti straight seminggu, pergi bercuti & rehat kat rumah.. Hari 1st day aku bekerja lepas cuti, pengasuh Qaira cakap dia sakit mata.. Terus aku macam hilang sabar. Sakit pulak hati kite ni.. Tak kan baru habis cuti seminggu nak cuti lagi? Cammon la... Esoknya terus aku hantar Qaira gi trial kat Taska bawah rumah aku..

Nama Taska tu Naluri Bestari.

So far, aku memang dah riki-riki taska ni dari FB dia 2,3 bulan sebelum kejadian aku hilang sabar tu. Taska ni ada sediakan aktiviti ikut kumpulan umur kanak-kanak. Takkan yg baby2 nak diajak mewarna kan.. Hihi.. Macam umur 2-4 tahun ada aktiviti dia, baby pun ada aktiviti dia.

So 1st day tinggalkan Qaira, dia menanges bagai nak rak dekat setengah jam. Lepas dah penat baru dia reda sikit. Aku dengan abah qaira, duduk kat luar taska sambil dengar je la dia melalak. 2 hari gitu qaira tak nak join sangat aktiviti. Lepas tu, dah ok. 









So tu la aktiviti-aktiviti dorang. Cikgu-cikgu pun rajin update ibu bapa.. Hantar gambar anak-anak. So, we know they are happy every day.

So, pengasuh lama anak aku pun dah lancar perang dingin dengan aku. Bila jumpa buat tak kenal. Aku wasap tak reply. Masa awal februari aku ada cakap dengan pengasuh nak hantar Qaira ke Taska. Dia tak bagi. Bila aku hantar jugak, perang dingin dari dia la yang aku nampak.

Apa pun aku dah mintak maaf dekat dia & aku dah explain kenapa aku tukar Qaira gi Taska dengan short notis. Aku mintak dia halalkan makan minum Qaira sepanjang setahun Qaira dijaga.

But then, dia tak reply. Marah kot.

Kalau korang jadi aku, pe korang buat ??







5 comments:

  1. xpyh hirau org mcm tu..nak kite ikut ckp dia hbs tu prestasi keje kite mcm mn.. ingat kite keje sendiri ke sll blh cuti...dia slh bkn nak akui tp nk mrh kite plak..ape lah..

    ReplyDelete
  2. kat taska minda anak-anak berkembang..klu kat umah pengasuh bagi makan, tidur, mandi je..setakat ajar 1,2,3 @ A,B,C @ Alif, Ba, Ta boleh r...hehe

    ReplyDelete
  3. betul dah keputusan tu...kita pun kerja kan...

    ReplyDelete
  4. jangan hirau sangat MAy...lama2 sok ok la tu..

    bagus hantar TASKA ni..minda boleh berkembang dgn aktiviti..sok2 pandai public speaking jgn pulak terkezut..hahaha!

    ReplyDelete
  5. Kalau taska tu bgus elok la hantar situ. Boleh berkembang minda. Lg pun bwh rumah je. Senang sgt.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page