Pink Diamond

14 February 2014

Alkisah Qaira dengan mama baru..

Assalamualaikum...

Saja nak buat diari kecik Qaira ari ni. Hehe.. Lama dah tak enterframe anak aku kan??

Minggu ni minggu pertama Qaira dengan pengasuh baru, Mama Niza. Pengasuh baru kat area umah baru aku.. Tak dapat nak tunggu kawan husband yang janji nak jaga Qaira tu.. Sebab dorang tak pindah sini lagi.

Hari pertama Qaira.. Menanges la. Gile tak nanges.. Sedih aku ni.. Pukul 11am aku datang umah Mama Niza.. Hantar susu baru pam..

Qaira nampak je aku terus senyum. Terus mintak nenen.. Kata Mama Niza, Qaira tak nak susu.. Tak nak makan.. Aish.. Pelik je. Qaira pun tak nak duduk bawak bawah. Nak masuk buai je.. Ngajuk betul tu..

Mama Niza dok hantar gambar Qaira.. Tido dalam buai.. Aku sabarkan je diri aku.. Sebab Qaira baru nak sesuaikan diri...

Hari kedua pun aku datang tengahari.. Terus bagi Qaira directfeed.. Sian. Masih tak nak makan minum. Tak pernah rekod lagi dia minum susu sebotol sehari.. Adusss. Tapi bile balik je umah, aku suapkan makanan laju je makan.. Sampai penuh mulut..

Dia nyusu pun lama...lapar sangat.. Tengok beg bekal,nasik tak luak,roti tuna aku buat tak luak. Hurm...

Kata Mama Niza, bila tengahari Qaira mesti tengok pintu. Tunggu aku datang tengok kot.. Tapi,aku dah skip datang tengahari.. Sebab kene gi site visit..

Hari ke3, Qaira dah mula main..

Aku pun dah lega.. Aku datang jugak tengahari buat spotcheck.. Balik je dari site aku singgah jap.. Qaira tido.. Semalam pun macam tu.. Tido jugak..

Tapi,kata Mama Niza Qaira sekarang dak main-main.. Takde la berkurung dalam buai je..

Bila tengahari pun dia dah takde tengok-tengok pintu.. Sebab aku dah skip datang tengahari.. Kalau datang pun dia tido dah...

Lega sikit rasa..

Hari ni aku tak tengok pun.. Sebab gi site visit rumah mesra rakyat kat Parit Mahang!

Petang nanti baru amik Qaira.. Dalam pukul 6pm aku amik. Sebab Mama Niza ni,suruh aku balik,mandi solat baru datang amik Qaira..

Hari-hari tak sabar jumpa anak walaupun selalu buat aku jadi tarzan. Korang acane???

*sape nak jadi agent cheese kek meleleh di sekitar Lembah Klang boleh emel detail ok!
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. jauhnye kena tengok site...

    hope qaira boleh sesuaikan diri le kan...

    :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum may...kesian Qaira nak sesuaikan dgn pengasuh yg baru yer...lama2 pasti okay kan...;)

    ReplyDelete
  3. bukan ank je kene kuat ni, mama pun kene kuat... kalau ikutkan hati nak amek je dia kan

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal :-)

    Comelnya baby...teringin nak dpt baby girl ta[i belum ada rezeki..

    Jemput ke blog akak kalau sudi. Thks

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page