Daisypath Anniversary tickers

30 June 2014

DIY Tikar Alas Makan Qaira

Assalamualaikum...

Bila ada anak kecik, kene lah rajin sapu dan cuci lantai kan.. Kalau tak, itu tanda-tanda pijak lantai rasa nasik @ something keras-keras halus. Rimas ok.

Nak-nak pulak kalau budak tu perasan dah cukup besar nak makan sendiri, takmo bersuap. Lagi haruuu... Macam budak kecik nan sorang neh!

Aku baru je siap lap lantai tu pukul 12. Pukul 2 dah jadi begini... Tengok je mampuuu...

Lepas tu saje share kekreatifan anak aku ni kat member aku.. Dia suggest suh letak paper sebelum Qaira makan. Err.. Kat umah takde paper. Kantoi tak bace paper.. Dia suh cari tikar untuk alas bawah meja Qaira..

Tetiba teringat tikar getah ada balance lagik.. Masa buat dapo dedolu.. Terus aku gunting..

Jadi la begini.. Taraa..

Ahaaa.. Kreatif dop?? Tak sangat kan. Biasa-biasa je.. Hahaa. Tapi bila Qaira makan nasik,tabur-tabur macam zaman mama&abah dia tabur gegula nak sanding dulu, nasik tu banyak kat tikar je..

So,senang keje ngelap!

Anda bagaimana? Haha.. Untuk yang ada anak kecik bajet dewasa macam Qaira tu,boleh la share kekdah korang supaya tak banyak kje nak ngelap lantai je.hehee

posted from Bloggeroid

Perubahan Waktu Bekerja Bagi Bulan Puasa & Onde-ondenye.. ;)


Ni emel dari pihak pengurusan..


PER : PERUBAHAN WAKTU BEKERJA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1435 HIJRAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan telah meluluskan waktu bekerja di sepanjang bulan Ramadhan 1435 Hijrah seperti berikut:-

Hari
Waktu Bekerja Pada Bulan Puasa

Isnin hingga Khamis
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga 4.30 ptg
Waktu Rehat    : 1.00 tgh hingga 1.30 tgh

Jumaat
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga  4.30 ptg
Waktu Rehat    : 12.30 tgh hingga 2.30 ptg










Sehubungan itu semua kakitangan adalah diminta untuk mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan selaras dengan SPNB Code of Conduct.

Bagi pihak pengurusan, adalah diucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Balik pukul 430 pm! yeay!!!!! Sempat la nak buat onde-onde kan? Haks! Giler tekak aku ni di bulan puasa..tu nak buat..ni nak buat...Nak buat tau??? Bukan nak pi tunjuk kat gerai bazaar... ;p

Cadangnya nak buat onde-onde ni lebih,nak bagi kat jiran sebelah.. Nak rasa nikmat puasa macam kat kampung zaman aku kekanak dolu.. Bertukar-tukar makanan.. Hehe.. Tak nak tukar dengan aku pun tak pe... Niat aku je nak hantar kat umah jiran.. Dah 4 bulan pindah, baru nak bagi salam perkenalan.. hadeh.....

So, ni untuk pindaan waktu bekerja di opis kami... Bagaimana dengan opis kamu??? ;)

28 June 2014

Susun atur : simpan cadar & beg galas!

Assalamualaikum..

Siang semalam , lunch hour, aku pi ikea.. Plan nak beli berus murahan tu je. Hehee.. Dan nak beli comfirter untuk bed sheet yang aku beli ari tuh..

Tetibe,terbeli macam-macam.. Kalau tak 'ter' tu macam tak berapa nak pompuan kan? Bahahaahaa.

Antaranya terbeli kotak bersaiz gajah ni.. Harga RM20.90/2pcs.. Harga before sale RM26.90.. So,dah rasa murah sangat.. Amik 1 set yang ada 2 pcs kotak ni..

Bila dah siap pasang,terhasil laaaa... Kotak! Heeeeheee..


So,aku try acu-acu kat bahagian tingkat paling bawah kat almari.. Tapi sebelum tu nak tunjuk gambar kejadian dalam almari sebelum ada kotak ni.

Dasar pemalas susun kan.. Hehee..

Bila dah isi kotak,nampak macam suwit je..

Ngam-ngam. Tak boleh isi penutup kotak pulak..hurm.. So,penutup kotak simpan dulu..

Terus aku susun beg dengan cadar dalam kotak-kotak tu...



Sebenarnya.. Tak pandai lipat cadar cantik-cantik.. Hukhukhuk... Kalau anda ada cadangan yang boleh membantu untuk mengemaskan lagi lipatan ni,roger i ols k!

Apa pun,bahagian bawah almari dah kelihatan kemas sikit... Heheee..

Korang semua yang sedang membace ni... Selamat berpuasa esok!!! :)

posted from Bloggeroid

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page