Daisypath Anniversary tickers

14 April 2014

Hasil rembatan tumbuhan hijau dari kampung..

Assalamualaikum...


Ehem.. Buat ape tu? Takde mood nak keje ye.. Jom baca celoteh aku. Hiks..


Last week we ols balik kampung.. Kali ni kampung abah Qaira . sebab ada wedding exschoolmate kami zaman sekolah dedolu.. Tahun 1999-2001..



Ini jugak sebagai membalas kehadiran dorang masa wedding kami 2 taon lepas.. Siap bawak lesung batu tau. Hakhak.


Balik kenduri just rehat kat umah. Sebab penat sangat..


Hari ahad, macam bese mak mertua tanya nak bawak balik kelapa tak.. Aisey.. Sebab kat kampung pun tak habis guna kan.. So,mak memang selalu bawak bila datang rumah anak menantu.


Tetiba aku cakap nak serai,lengkuas,daun pisang,daun limau. Haa. Sekali bagi listing.. Mak cakap gi cari sendiri kat tanah..


Aku pun gi korek serai.. Petik daun limau.. Mak pulak korek serai lengkuas.. Abah Qaira amik daun pisang. Ni kengkonon projek memasak la. Nak buat ikan bakar dalam daun pisang katenyeeee... Haha..


Hasil duduk belakang umah.. Dapat la ini. !!!



Haa. Stok sebulan ni.. Lalala.. Kebetulan,durian belanda sedang meranum. Mak tanya nak ke? Aku cakap boleh je... Lepas tu ada belimbing buluh.. Mak dah petik sesiap.. Aku ambik.. Haha..


Sempat la mak bagi tips nak kekalkan semua tumbuhan tu segar.. Almaklumlah... Niat nak masak memang ada. Takut lambat pulak guna,rosak pulak tumbuhan hijau tu.heeee..



Ok,dok kampung memang best dapat tanam menanam ni.

10 April 2014

Mee udang Pantai Bagan Nakhoda Omar pulak..

Assalamualaikum...

Lately ni banyak sangat kene buat kerja luar kawasan.. Penat memang penat.. Pergi balik hari lagi la penat...

Paling jauh aku rasa nak gi Sabak Bernam ni.. Buat site visit 2 bijik rumah je pun.. Tapi perjalanan pergi lebih kurang 2 jam.. Buat keje,g makan,sampai opis dah pukul 5pm.

Tapi,sempat la aku menghirup udara pantai jap lunch hour tu.. Sebab tempat lunch ari tu kat Pantai BNO a.k.a Bagan Nakhoda Omar.

Sempat berpotoshoot!ahakz!

Menu lunch pulak, Mee Udang. Hari tu makan,rasa sedap sangat. Ni datang lagi, order lagik.

Harga rm6.50 semangkuk.. Member opis siap suruh 'tapau' 2 bungkus..

Perut dah kenyang, sambung kerja balik...

Dalam pukul 3:00 pm gerak balik Kuang.. Fenaaattttt......

Tapi sempat singgah pi beli ikan fresh! Kat mane?? Next entry okeiiiii!

9 April 2014

Call dari Vacation Club, Offer Percutian 3h2m di Swiss Garden Resort Hotel.

Hari ni aku kene masuk meeting dengan our contractor.. Tengah pom pang pom pang dalam bilik meeting tu (aku tukang dengar je) aku dapat call dari nombor yang tak dikenali..Terus aku keluar dari meeting room. Ingat orang jual insurans. Memang nak cantas je segala percakapan beliau sebelum dia offer memacam..


Tup-tup he said (sepiking tawwww) dia dari Vacation Club Swiss Garden Resort Hotel. Aku pun dengar la apa dia nak cakap. Dia menawarkan percutian 3hari 2malam dengan nilai voucher RM900.00. Banyak kan? Secara percuma pulak tu.. Tapi, aku masih rasa macam saspen. Ekcelli aku tak percaya sangat benda-bende free ni.. Mana ada orang nak bagi memenda free wei... Logic la sikit kan...


Aku pun tanya la pulak, dari mana dia dapat detail nama penuh dan no telefon aku ni. Katanya dari Matta Fair bebaru ni kat PWTC.. Lagi la aku rasa macam tak kena sebab aku takde gi Matta Fair pun.. 
Aku memang tengah berfikir nak pergi bercuti dengan my small family, tapi tak terlalu beria sampai nak gi Matta Fair tu.. Mamat tu pun bagitau yang dia dapat details aku daripada pengunjung Matta Fair a.k.a kawan-kawan aku yang letak contact aku untuk orang-orang Vacation Club ni hubungi.. Mungkin 'kawan a.k.a pengunjung' tu dapat some rewards  dari mereka dengan meninggalkan nama dan no telefon kengkawan mereka kat sana.


Aku still was-was tapi masih nak dengar lagi offer ni.. Aku tanya macam ne nak mengesahkan ni bukanla panggilan yang menipu atau apa-apa lah. Dia bagitau la opis dia kat Level 7 Swiss Garden Hotel, berhadapan dengan Pudu Jail, near dengan IPD & blalalalalala.. So, dia tanya aku balik, untuk ape dia nak tipu aku sedangkan dia nak offer voucher percutian percuma.. Dan kalau aku rasa dia tipu, boleh la bawak ke IPD berdekatan.. Then, dia cakap dia akan hantar detail pasal voucher ni dengan menggunakan henpon peribadi dia sendiri. So, in case nak datang ambil voucher tu boleh terus call / text je dia.. Voucher tu kene datang ambil sendiri kat Swiss Garden Hotel KL. Tapi, untuk percutian boleh pilih Swiss Garden Hotel Kuantan ataupun Swiss Garden Damai di Lumut.. Valid selama 3 bulan..


Dalam sejam lepas dia letak phone, baru mesej masuk...


JEMPUTAN KHAS : EKSKLUSIF PRIVIU DAN HOTEL TOUR (60MIN) MPDEN MODEN KONSEP DAN PENGINAPAN PERCUMA 3H2M DI SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN ATAU SWISS COURT HOLIDAY APERTMENTS DAMAI LAUT PERAK (GOLF RESORT) VOUCHER NO : SRMV1 & LOKASI ; TKT 7 SOUTH TOWER SWISS GARDEN RESIDENCES INTERNATIONAL HOTEL JLN GALLOWAY 50150 KL. & SYARAT TERTAKLUK KUNJUNGAN YANG BELUM PERNAH HADIR SAHAJA.DARIPADA : H**** & SWISS GARDEN INTERNATIONAL VACATION CLUB BHD (A member of PJD Group)


Lepas tu aku pun menggoogle dan call Swiss Garden Hotel.. Nak kepastian pasal offer ni.. Dorang pun bagi aku 1 no tepon untuk hubungi pasal voucher tu.. Aku suruh budak opis aku yang call on behalf aku.. Hahaha.. Tapi dia tak dapat bercakap dengan sesiapa pun. Sebab operator tu cakap, "Hello, TQ for call Vacation Club blalalala.... Please call after lunch hour". Hehe..


Aku tak de call balik pun.. Maleh..


Jap tadi, aku google pulak tengok sesapa pernah dapat call / offer dari Vacation Club ni... Tetibe jumpa entry kak Rai.. Dan aku tengok jugak review-review dari blog dan forum orang lain.. 


Hasilnya, ramai yang cakap dorang (Vacation Club) nak promot kita untuk jadi Member Club dorang.. hurm...


Sapa pernah dapat offer macam ni? Korang accept tak? Boleh caya ke benda gini?
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page