Daisypath Anniversary tickers

7 March 2015

Tips bercuti Langkawi part 1

Assalamualaikum..

After the chinese new year, kami laki bini gi Langkawi. Almaklum, laki bini jarang jalan jauh lepas kawen. Kene pulak sekarang si suami keje isnin-ahad. 

Tu yang terjadi holiday seminggu tapi 3 hari je kat Langkawi. Hari kelima cuti rest golek golek kat umah untuk restart energy sebelum masuk keje. Hehe

Tips paling senang nak bercuti, menabung lah. Hehehe... So since takde chance nak jejalan sebab dia busy, aku telah menubuhkan 1 tabung percutian. Isi je la brp hengget nak isi pun. Bila dapat chance nak berjalan tu baru la guna kann.. So tak kacau duit gaji. Takde la lepas balik bercuti menunggu gaji jatuh ke riba gituuuuu..

Tabung untuk 2014, tapi berjalan 2015 pun boleyyyyyyyhhh!

So duit tabung tu yang kami laki bini guna untuk beli tiket, nyoping kat haji ismail group, beli tiket gi pulau lah, naik cable car, makan, minum, bayar kereta sewa, hotel dan sebagainya. Hehehe..

Tips kedua, beli tiket flight yang boleh sampai awal pagi kat Langkawi.  Ahaaa.. So dalam sehari tu banyak tempat boleh pi. 

Aku booked tiket flight MAS. RM399 include tax & luggage 90kg. Aku beli 3 tiket untuk kami laki bini dan anak dara yang dah 2 tahun tu. RM399 tu tiket pergi dan balik. So kos untuk sehala is lebih kurang RM199.50 bagi 3 orang. Tiket pun aku takde la booked awal setahun pun. Booked dalam awal seminggu gitu..
Ni tiket nak balik KL..

Masa outbound ke Langkawi, aku hamek tiket 7:30am. Sampai Langkawi 8:30am. Tapi, pukul 4:30am dah gi KLIA koooooo. Sebabb kene check in awal 2jam. Mujur anak dara jarang ngamok bangun awal.

Sampai Langkawi, amik kereta sewa pukul 9:30am. Sewa honda jazz RM180 untuk3 hari.

Terus kami gerak pi tempat  cable car. 

Sampai sana baru pi breakfast. Lepas breakfast terus beratur pi hamek tiket combo yang super jimat untuk 3 aktiviti. Ingatkan datang hari selasa tak ramai orang. Rupanye, kene serbu jugak dengan ramai orang. Tapi tak le lama sangat beratur. Kalau weekend ni mau basah ketiak nak beratur amik tiket. Haha RM54/person untuk naik Cable Car, Skydome & kenderaan darat air duck tour. So tiket Qaira free. Kami laki bini punye tiket RM108. 

So dalam pukul 10 am dah masuk skydome dulu. Sumpah nyesal amik tiket skydome ni. Tah pape. Cecepat kitorang kuar pi naik cable car. Baru rasa bahagia.
Sejuk sangat dok atas. Angin kuat. 
Sampai tido-tido si Qaira. Hehee..

Dok kat atas tu hamek gambor bebanyak. Baru turun bawah. 

Lepas turun cable car, amik tiket Duck Tour. Sejam sekali kenderaan perjalanan itik ni ambik pelawat. So kalau terlepas, tunggu lagi sejam..
Duck tour ni, tiketnye mahal kalau diambil berasingan. Tapi kalau tiket combo murah ckit ler. Duck tour bawak kite jejalan kat darat dulu menghala ke pantai dan seterusnye ke laut. Memang berbaloi-baloi bak hangggg. 
Dapat tengok banyak pemandangan santek.


Lama jugak pusing kat laut. Thats Y la iols cakap berbaloi baloi....

Desiran angin buat Qaira tido lagi di riba mama. Cian. Mungkin ngantok bangun pukul 4am. Hehe..

So, nanti kite sambung ceritera langkawi part 2 pulak okei.. 

Daaaa..


2 comments:

  1. Wahh siap buat tabungan..kene tiru juga ni.. btw salam kenal mami cantik..^^ jejalan blogwalking sini..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari ct. wahhh! sonok nye p langkawi...! ct pun ada buat tabung travel ni jugak. nextweek nak p travel ke penang. tengah carik tips ke penang lak nih.. hihi..
    follow blog ct jugak ok.. =)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page