Daisypath Anniversary tickers

6 September 2017

Padahnya Pergi ke Bukit Malawati Kuala Selangor Tengok Monkey

Assalamualaikum...
.
Pemula bicara. Cewah..
.
Cerita seminggu sebelum raya haji. Pergi ke Pasar Penambang Kuala Selangor carik telur ikan mayong. Pak mertua mengidam-idam. Habis semua telur ikan mayong suami saya beli. Sekilo RM35. Selesai memborong, on the way balik tu singgah pulak dekat Bukit Malawati. Bawak anak naik train tengok monyet kat sana.
.
Untuk saya, biasa-biasa je. Kalau ikutkan malas nak pergi, tapi mengenangkan anak-anak pun jarang berjalan-jalan. kita bawak je lah dorang pusing-pusing kawasan Bukit Malawati ni.
.

 

Ceria je dapat naik keretapi takde pintu ni. Adik Qayyum pulak biasa memang sporting bila ajak ambik gambar anddddd muka dia tu biasanya muka nervous. Tapi dia memang tak banyak kerenah kalau bawak berjalan-jalan macam ini. Baik je.
.
Kakak pulak biasala. Becok like mama. masa nak naik Bukit Malawati, dia la paling kecoh seantero. Bila dah sampai atas, dia pulak menanges. Takutttttt dia cakap. Kalut ajak balik.
.
Oh ya.. untuk tren ni kena bayar tiket ye. RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Total tiket kami sekeluarga RM8 sahaja.

 
Adik tengok kakak merengek, merengus ajak balik cepat. Mesti dia cakap dalam hati apa-apa la kakak aku ni. Hahaha.. Dah besar tapi penakut. Adik steady aje dok tepi monkey tu.. Adik pun tengok je monkey tapi dia diam je.

 
Lepas tu angkat si Qayyum letak dekat sikit dengan monkey. Pun steady je lagi. Haha... Monkey pun tak heran dengan budak comel tepi dia. Monkey tu nak makan je keledek kat tangan. Adik Qayyum pulak terus peace nampak nak tangkap gambar.

 
Peluh jugak ketiak duduk atas bukit ni walaupun berangin. Manusia ramai jugak nak tengok monkey. Bukan pasal monkey je. Tapi nak tengok pemandangan dari atas bukit ni. So ni kawasan sejarah jugak. Yang mana suka sejarah ni mesti ingat nama tempat ni sebagai kawasan persembunyian British kan. Eh yeke?Sukati aku je men belasah.. hahaha. lupa la sejarah Bukit Malawati ni. Nanti kena study semula.
.
Gambar mama abah adik ni mintak kakak snap kan. Gambar mama dah agak-agak ke bucu hujung frame dah tapi mujur masih ada lagi gambar mama. Hehe..
.
Nampak tak track pejalan kaki kat bawah gambar kami bertiga tu? Hurm semua tragedi bermula kat situ. Mama ajak gi bawah tu nak ambik gambar OOTD kononnya..So letak Qayyum berdiri kat bawah sat. Abah pegang henfon. Kakak dok jauh sebab takut. Adik pulak menapak selangkah-selangkah menghampiri monkey tepi jalan tu.
.
Adik berdiri berhadapan monkey yang lebih kurang sama tinggi je dengan dia. Tidak diduga, monkey tu melangkah setapak dua dekat adik terus carass je dahi adik. 

 
.
Lepas monkey tu cakar dahi, dia undur balik ke belakang. Adik pulak masih statik di situ berdiri tengok lagi monkey. Menangis pun idokkkk.. Hero sungguh anak bujang mama sorang ni.
.
Ambik gambar kesan cakaran ni nak tunjuk dekat Ma Anie pengasuh dia. Siap pengasuh cakap, Qayyum boleh senyum lagi keee.....
.
Si kakak pulak tengok adik kena cakar, bebel-bebel je salahkan mama dengan abah tak ikut cakap dia gerak balik tinggalkan bukit tu..
.
Kakak dah bising-bising, mama pun takde mood terus ajak balik.Bila turun bawah je terus mood kakak oke nak selpie.. Hurm.. saborje la kan dengan anak dara ni.
.
Sampai rumah je terus bersihkan luka adik dengan dettol and mandikan dia dengan dettol. Habis semua bau dettol. Yang penting bersih ye dik. 
.
So far dah lebih kurang seminggu ni, luka dia pun dah ok. Tinggal parut sikit je. Dah tak berdarah lagi.
.
Okay la...bersua lagi di lain entry okey..
.
Tq sudi baca.
.
bye.

Singgah Makan Cendol Durian Mels Corner Batu Caves

Assalamualaikum.
.
Rajin hari ni buat entry Jalan Jalan Cari Makan. Entry macam ni jarang ke udara sebab sekarang ni banyak memerap je.. 
.
Ni cerita 31hb Ogos lepas. On the way balik kampung, singgah sekejap dekat Batu Caves. Husband ajak makan Cendol Durian. Ni pengaruh rakan-rakan pilot darat dia la ni kot.
.
Mama is oke sajoooo... lepas dah pelahap cendol, baru teringat, i is sedang melatih diri tak makan ice. sob sob sob... dah langgar pantang larang kecantikan diri mama.. sob sob sob..
.
Tapi benda dah jadi nak buat macamna. telan je la kan. Haha..

Nama kedai ni Mel's Corner.. Agak senang nak jumpa sebab dia ada durian sebiji besar tergantung. Masa sampai tu agak awal, so manusia belum ramai lagi. So, kita tengok menu dan harga. Selaras tak dengan duit yang di bawak.
.
Ehem. i am wearing Melissa Mix form HayatHijab.
.
Cendol biasa Rm5. Cendol special ikut jenis durian yang ada. Biasanya RM20 semangkuk. Kalau Durian Musang King RM30 semangkuk. Masa kami datang tu, yang ada hanyala durian siam untuk RM20 semangkuk.
.

 
So, kami ambik 1 mangkuk cendol durian, 1 mangkuk cendol biasa dan 1 mangkuk Durian Shake dan kudapan Roti John. Total semua sekali RM46.00.  Nasib baik tak ambik 2 mangkuk cendol durian. Haha. sebab kang rasa lagi baik beli durian je terus.
.
Dalam cendol durian tu dia letak 3 ulas durian. So, saya mama yang penyayang, bagi abah seulas, kakak seulas. Cukup seulas sorang.. Hehe.. Tapi tu pun dah agak kenyang sebab seulas durian tu isinya agak tebal. Lepas tu ditambah pulak dengan santan cendol tu, lagi rasa kenyang amat.

 
Anak bujang sorang ni memang sekarang nak makan sendiri je. Semua nak buat sendiri. So bagi je la dia suap sendiri dalam mulut. Pekena benda manis lagi la suka sangat dia. Lapik tisu sikit kat baju sebab for sure menitis-nitis di situ. Memang kalau bagi tisu sebungkus, dia sorang la paling banyak guna.

 
Kedai cendol ni dekat Taman Bolton Batu Caves. Masuk area ni korang pakai Google Maps je laa. Mesti jumpa punya. Simbolik paling besar, tu durian sebutir atas bumbung.
.
Tak jumpa jugak tak tau laaaa.. ;)
.
Okey. itu sahaja la nak story-mory hari ni.. 
.
Thanks sudi baca..
.
bye.~

5 September 2017

Penderitaan Bila Terkena Sentuhan Cik Melissa Mix

Assalamualaikum.
.
Hai. Selamat kembali bekerja selepas 5 hari bercuti daripada Hari Merdeka, sambung pulak cuti Sukan Sea semalam kan. kan. So hari ni kembali kepada kerja hakiki. bekerja mencari rezeki. 
.
Sebelum tu, nak bagitau penderitaan yang terpaksa saya alami selepas menggunakan Melissa Mix Instant Shawl ni. Memula dulu saya joint untuk jadi menjadi dealer je. Tapi dah jadi dealer, tak kan nak promosi je tanpa apply sendiri material Melissa Mix tu kat diri sendiri kan. Sama macam membongak je la namanya. haha.. 
.
So, saya cuba dulu sarungkan Melissa Mix Instant dengan warna orchid plum ni. Tengok, sila tengok..

 

Ya ampun. cantiknya diriku ini..bila pakai Melissa Mix Instant Shawl. Aw....perasan kan. ;p
.
Dari segi material kain, memang super. Lembut, beralun, terletak cantik dan tidak jarang. Dari segi awning pulak, sesuai untuk yang berkacamata ataupun tidak. Tengok saya pakai spek mata pun masih cantik je tersarung. Serius jatuh hati. 
.
Menderita tau dak???? menderita sebab terpaksa restok warna-warna lain sebab best best best. Nak nanges rasa tengah-tengah bulan nak beli tudung banyak-banyak tau.
.
Kalau nak tengok pilihan warna lain boleh click ni --> Pilihan Warna Melissa Mix Instant <--
.
Ada kisah lain jugak antara saya dengan Cik Melissa Mix ni. Masa balik kampung baru ni, saya sarung la Melissa Mix ni. Bila dah sampai kampung, saya gantung la dekat penyangkut belakang pintu. Bukan hanger tau. Tempat yang sangkut seluar jeans tu.
.
Tetiba esoknya tu ada kawan datang rumah nak self collect item penjagaan bibir yang saya jual secara homemade.
.
Saya pulak dah lama tak menggunakan bertudung sarung kebelakangan ni, so memang takde bawak balik tudung terus sarung. Lebih kepada ber'shawl' je setiap hari. Tengok dalam beg, semua shawl nak kene iron pulak sebab dah berlipat. Jadi dengan selamba malas, saya ambik je la Melissa Mix yang dah pakai seharian masa balik kampung tu masa kawan sampai rumah.
.
Eh. Sarung je kat kepala, pusing second loop dia tu masuk kat kepala, dah siap terletak cantik macam tu je. Tanpa pin. tanpa iron semula. ok saya kagum sebab bila 'lepak' dengan member selesa dan yakin tanpa perlu risau adakah wajah hodoh main sarung shawl je. hiks.. 'Lepak' dalam rumah je pong... sebab ada 1 rasa yakin je bila pakai Melissa Mix ni.
.
Nak tau harga?? click link ni --> Harga Melissa Mix Instant Shawl <--
.
InsyaAllah memang mampu dimiliki dan berbaloi sangat-sangat dengan harganya.
.
Ya, memang agak labuh Melissa Mix ni, tapi kita boleh adjust tahap labuh nya tu. Melissa Mix ni direka khas untuk semua lapisan masyarakat golongan wanita.
.
Ada antara kita suka bertudung labuh, ada yang suka berniqab, ada yang suka labuh sedang-sedang sahaja. Jadi dengan Melissa Mix ni semua boleh IN.
.
Sebolehnya, saya nak Melissa Mix ni memenuhi syariat yang ditetapkan mengikut Islam. =)
.
Sambil pakai, sambil tu kumpul pahala kan?
.
Nak cuba tak?nak nak nak?
.
Click sini www.wasap.my/60129628636
Click sini www.wasap.my/60129628636
Click sini www.wasap.my/60129628636
.
Rugi kalau tak cuba.
.
bye~ 
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page