Daisypath Anniversary tickers

6 September 2017

Padahnya Pergi ke Bukit Malawati Kuala Selangor Tengok Monkey

Assalamualaikum...
.
Pemula bicara. Cewah..
.
Cerita seminggu sebelum raya haji. Pergi ke Pasar Penambang Kuala Selangor carik telur ikan mayong. Pak mertua mengidam-idam. Habis semua telur ikan mayong suami saya beli. Sekilo RM35. Selesai memborong, on the way balik tu singgah pulak dekat Bukit Malawati. Bawak anak naik train tengok monyet kat sana.
.
Untuk saya, biasa-biasa je. Kalau ikutkan malas nak pergi, tapi mengenangkan anak-anak pun jarang berjalan-jalan. kita bawak je lah dorang pusing-pusing kawasan Bukit Malawati ni.
.

 

Ceria je dapat naik keretapi takde pintu ni. Adik Qayyum pulak biasa memang sporting bila ajak ambik gambar anddddd muka dia tu biasanya muka nervous. Tapi dia memang tak banyak kerenah kalau bawak berjalan-jalan macam ini. Baik je.
.
Kakak pulak biasala. Becok like mama. masa nak naik Bukit Malawati, dia la paling kecoh seantero. Bila dah sampai atas, dia pulak menanges. Takutttttt dia cakap. Kalut ajak balik.
.
Oh ya.. untuk tren ni kena bayar tiket ye. RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Total tiket kami sekeluarga RM8 sahaja.

 
Adik tengok kakak merengek, merengus ajak balik cepat. Mesti dia cakap dalam hati apa-apa la kakak aku ni. Hahaha.. Dah besar tapi penakut. Adik steady aje dok tepi monkey tu.. Adik pun tengok je monkey tapi dia diam je.

 
Lepas tu angkat si Qayyum letak dekat sikit dengan monkey. Pun steady je lagi. Haha... Monkey pun tak heran dengan budak comel tepi dia. Monkey tu nak makan je keledek kat tangan. Adik Qayyum pulak terus peace nampak nak tangkap gambar.

 
Peluh jugak ketiak duduk atas bukit ni walaupun berangin. Manusia ramai jugak nak tengok monkey. Bukan pasal monkey je. Tapi nak tengok pemandangan dari atas bukit ni. So ni kawasan sejarah jugak. Yang mana suka sejarah ni mesti ingat nama tempat ni sebagai kawasan persembunyian British kan. Eh yeke?Sukati aku je men belasah.. hahaha. lupa la sejarah Bukit Malawati ni. Nanti kena study semula.
.
Gambar mama abah adik ni mintak kakak snap kan. Gambar mama dah agak-agak ke bucu hujung frame dah tapi mujur masih ada lagi gambar mama. Hehe..
.
Nampak tak track pejalan kaki kat bawah gambar kami bertiga tu? Hurm semua tragedi bermula kat situ. Mama ajak gi bawah tu nak ambik gambar OOTD kononnya..So letak Qayyum berdiri kat bawah sat. Abah pegang henfon. Kakak dok jauh sebab takut. Adik pulak menapak selangkah-selangkah menghampiri monkey tepi jalan tu.
.
Adik berdiri berhadapan monkey yang lebih kurang sama tinggi je dengan dia. Tidak diduga, monkey tu melangkah setapak dua dekat adik terus carass je dahi adik. 

 
.
Lepas monkey tu cakar dahi, dia undur balik ke belakang. Adik pulak masih statik di situ berdiri tengok lagi monkey. Menangis pun idokkkk.. Hero sungguh anak bujang mama sorang ni.
.
Ambik gambar kesan cakaran ni nak tunjuk dekat Ma Anie pengasuh dia. Siap pengasuh cakap, Qayyum boleh senyum lagi keee.....
.
Si kakak pulak tengok adik kena cakar, bebel-bebel je salahkan mama dengan abah tak ikut cakap dia gerak balik tinggalkan bukit tu..
.
Kakak dah bising-bising, mama pun takde mood terus ajak balik.Bila turun bawah je terus mood kakak oke nak selpie.. Hurm.. saborje la kan dengan anak dara ni.
.
Sampai rumah je terus bersihkan luka adik dengan dettol and mandikan dia dengan dettol. Habis semua bau dettol. Yang penting bersih ye dik. 
.
So far dah lebih kurang seminggu ni, luka dia pun dah ok. Tinggal parut sikit je. Dah tak berdarah lagi.
.
Okay la...bersua lagi di lain entry okey..
.
Tq sudi baca.
.
bye.

1 comment:

  1. Bestnya jenjalan! Hebatlah adik! Tak nangis pon. Tetiba teringat masa cx ekcil dulu seusia mcm kakak juga rasanya, cx pergi sarkas, nangis peluk arwah abah sebab org sarkas tu letak monyet sebelah seat cx. Hahaha meraung oiii takut. Hahah mana ntah gmbr tu. Tetiba rasa nak cari balik. Hehe.

    Kakak pandai amek gmbr, waima mama dia hujung bucu hahaha. But still cantik kakak ambil gmbr.

    Cx kena tunggu anak besar baru boleh jenjalan cenggini .kalau tak, jenuhlahh huhu

    Cx lon baru je aktif lately ni. Byk aktif dkt fb sbnrnya. Kita friend tk dkt fb? Hahaha. Time 2011 tu kan cx baru je menapak dlm blogging ni . Tu yg rajin. Almaklum bujang. Skrg ank2 bergayut kalau mak dia nak pegang fon. Hahah.

    Alamak. Panjang plak komen. Hahha kbai

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page