8 September 2017

Sayur-sayuran Hijau Pemberian Dari Jiran

Assalamualaikum.
.
Habis cuti raya haji baru-baru ni, jiran kat rumah hantar sayur. Bukan main banyak siap bawak 2 orang pembantu tolong angkut. Ni nak suh makan atau nak suruh kami meniaga kat pasar tak tau laa....

 

Yang tak kenal, kat atas ni sayur pucuk paku. Bukan paku pakis ye..

 
Ni jantung pisang. Lepas je saya post gambar saya masak jantung pisang kali pertama (pun orang yang sama hantar jantung pisang kat rumah) dia mai hantar lagi 2 ketul jantung pisang. Boleh rujuk entry jantung pisang kali pertama tu dekat sini --> Jantung Pisang Versi Tumis <<--

 
Ni katanya pisang kelat siam. Sedap katanya. Dia suruh bagi jejiran sebab ada dalam 4 sikat kot. Tapi dia pesan, jangan bagi rang semua. Ko kena rasa jugak.Hehe.. Baik kak..

 
Yang atas ni pulak namanya kangkung.
.
Lain sikit pulak saya tengok dengan versi kangkung saya biasa beli dekat kedai sayur. Tapi belasah la.
.
Semua sayur saya bagi orang. Saya tinggalkan sikit je untuk saya makan. Lebih kurang sekali hadap atau sekali masak je sebab saya je pemakan tumbuhan hijau dekat rumah ni. Kalau simpan bebanyak untuk diri sendiri takut tak termakan pulak kan... 
.
Rasa tak boleh nak memberi kesenangan kepada orang lain, kita beri sayur. Boleh buat makan. Boleh dapat pahala jugak. Kan?Senang je nak cari pahala ni. Tak susah. Cuma nak dengan tidak je..
.
Itu saje untuk entry ni. Terima kasih sudi baca.~

2 comments:

  1. dah lama tak makan pucuk paku masak lemak. Kalau dulu tiap2 minggu mesti ada. Sayur fav!

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan jantung pisang. Nampak cam sedap pula petang-petang camni

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page