8 September 2017

Raya Haji Serba Sederhana

Assalamualaikum wbt.
.
Salam Aidiladha. Dah terlewat ke nak ucap selamat hari raya ni? Mohon ampun. Sibuk sangat dengan entry sebelum raya haji.
.
Raya haji saya macam biasa setiap tahun biasa-biasa aje. Tak meriah macam aidilfitri. Tapi raya tahun ni mak saya buat korban. Tu je yang lain sikit dari raya haji tahun lepas. Sudahkan anda berkorban?
.
Untuk raya haji saya takde pun sarung baju baru. Sarung je mana yang ada.. Hiks.. Suami berbaju melayu raya 2tahun sudah kot. Saya dengan Qaira berjubah sedondon yang raya puasa lepas. Adik Qayyum? Dia special. Mama malas bagi pakai baju melayu. Dia pakai baju bertali leher terus. hehe..

 
Gambar ni dorang dok snap bertiga kat beranda rumah while menunggu mama bersiap. Masa ni nak gi Segamat. Jenguk abah saya yang dah berkahwin dengan orang sana. So menetap pun di sana. So far, tak jauh mana. Lebih kurang 45-60 minit perjalanan.

 
Gambar raya secara official pun takde. cewah. Official la konon. So semua gambar ala-ala tak siap macam ni je la... Janji ada gambar bersama. Kekonon.... Hehe.. Sibuk dengan anak kecik. Mama makan, abah jaga adik. Abah makan, mama pegang adik. Risau dia tarik alas meja rumah tu kang habis berterabur rendang lontong sekalian makanan atas meja.

 
Kakak Qaira sorang je paling cun dalam cerita ni. Tengok dia dok belasah mekap mama. Nasib baik comel mekap tau.. Kira dah pandai la ni buat sendiri. Tak payah mama sesusah nak mekap kan dia. Jimat masa mama nak conteng muka sendiri je.
.
Liptint mama pun dah berapa botol habis. Dia sorang yang rajin apply sebab mama suka pakai lipbalm je.
.
Saya tak risau sangat dia pakai liptint ni sebab liptint ni jenis homemade. Dalam tu guna aloevera. So kandungan likat je. Tak cair. Bila pakai tu, warna terus meresap kat bibir. So saya panggil cantik sambil merawat. 
.
Dulu pernah buat entry pasal homemade liptint/jellytint ni kat sini --> Homemade Jellytint/liptint <--
.
Nanti bila berkelapangan lagi akan buat lebih terperinci lagi. hehe. 
.
Okey Salam Aidiladha, Selamat Hari Raya!
.
Bye~

3 comments:

  1. oo.. kakak Qaira mekap sendiri ya. Cantik !! Pandai dia ya

    ReplyDelete
  2. Comelnya anak pakai tudung... Alhamdulillah... selamat hari aidiladha juga...

    ReplyDelete
  3. Biar serba sederhana asalkan raya haji disamping keluarga tercinta

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page