11 September 2017

Tatami Karpet di Lazada Hanya RM105! Free Delivery!

Assalamualaikum.
.
Dah lama sangat teringinkan karpet tatami yang tebal tu. Bila pijak je kaki pun terbenam.. Macam best je. Survey la dekat fb page.
.
Rata-rata harga RM190.00. Rasa macam mahal la pulak sebab nanti tak tau lagi bila sampai macamana rupa parasnya kan..
.
Saya pun pendamkan aje dulu rasa tu sebab ini bukan keperluan penting tapi kehendak diri yang mengada-ngada macam duit terlebih sangat kan.
.
So suatu hari tu saya macam biasa nak beli sesuatu kat lazada ternampak karpet ni hanya RM105.00. Saya klik tengok besar-besar, buat perbandingan dengan online seller sebelum ni tengok, wow harga memang berbeza. Terus masuk troli online shopping.Hehe..

 

So far best je. Boleh buat baring. Sebab memang terbenam kaki bila pijak. Bebudak pun seronok bukan main bergelongsor kat karpet ni. Sebelum ni lapik tilam nipis sebab risau kat si kecik tu. Takut dia tersasar dari gelongsor.

 
Ni kalau gambar dari facebook la.. Saya try buat perbandingan gambar dekat FB dengan yang kat Lazada tu. Hehe.. 
.
Officemate cakap harga saya beli memang murah sebab dia pernah beli harga dalam RM150 macam tu. So i is rasa berbaloi-baloi beli karpet ni dekat lazada.
.
Masa shopping tu pulak ada voucher lagi dalam RM15.00 Berganda-ganda penjimatan nya.
Pe lagi, terjah tengok kat lazada nun. Free delivery okey.. tak payah gegaduh isi minyak start kereta cari karpet. Hiks..

3 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page