Daisypath Anniversary tickers

31 July 2017

Diskaun 50% Bayaran Duit Setem Untuk Proses Strata

Assalamualaikum.
.
Hai. Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu dari pengalaman saya membuat urusan strata title ataupun geran individu bagi rumah bertingkat-tingkat.
.
Sebenarnya ini jugak salah satu pengalaman kerja harian yang saya buat setakat ni. Tapi untuk proses rumah bertingkat je la. Untuk proses geran rumah atas tanah / landed saya kurang arif. Maaf.. 

Kebetulan pulak saya pun beli rumah bertingkat-tingkat atas kayangan, so belajar jugak menguruskan strata ni dari  job scope saya yang memang lari dari bidang belajar.. hehehe...
.
Berdasarkan pengalaman saya, rata-rata pemilik rumah ni takut nak buat strata sebab katanya charge peguam mahal. Lepas tu mereka ni suka dengar apa orang kata. Itu yang saya nampak. Mereka tak nak mendapatkan info sendiri melalui google search ataupun pandangan dari wakil-wakil badan berkanun ataupun kerajaan. Dengar orang sana sini bercerita terus buat conclusion sendiri. 
.
Untuk urusan strata sebenarnya terdapat 2 pecahan iaitu Proses Pindahmilik Nama dan Proses Gadaian kepada bank.
.
Untuk proses pindahmilik nama memerlukan pemilik untuk ke pejabat peguam bagi menandatangani Borang 14A ataupun dikenali sebagai borang pindahmilik. Tandatangan borang ni free je. tapi mesti peguam akan minta sedikit fee bagi memudahkan proses tersebut.
.
Kenapa peguam mintak fee dulu?
.
Bagi proses pendaftaran borang 14A tu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, terdapat bayaran duti setem yang perlu dibayar kepada LHDNdan bayaran tersebut ialah tanggungjawab pemilik sendiri. Ingat beli rumah ni beli je?Lepas tu tak payah buat apa-apa?heh.
.
Macamana nak kira anggaran kos kepada LHDN??? Macam ni...
Untuk RM100,000.00 pertama akan di kenakan caj 1%. Yang selebihnya dicaj 2%.
.
Tak paham? Saya bagi contoh ye untuk harga rumah RM230,000.00.
Cara kiraan : 1% x RM100,000.00 = RM1,000.00
2% x RM130,000.00 = RM2,600.00
Jumlah ; RM3,600.00 ialah caj yang perlu pembeli bayar bagi Duti Setem LHDN.
.
Tapi, korang kena tahu, sebagai pembeli rumah pertama dan buat pembelian rumah dalam tahun 2013 ke atas (betulkan saya jika salah maklumat) layak untuk mendapat diskaun sebanyak 50% ke atas duti setem.
.
Ha.. tau dak?Saya pun baru tahu, sebab bila saya uruskan pengeluaran geran asal kepada peguam, saya tengok sijil duti setem yang dilampirkan dalam jumlah berapa ratus sahaja. Terus saya call peguam untuk pengesahan kenapa murah?
.
Jadi peguam pun lampirkan borang untuk dapatkan diskaun tersebut.




 
.
Nama borang ni SD Remit 2015.
.
Tapi.. ada tapi lagi ye.. Diskaun ni hanya layak untuk digunakan sekali seumur hidup dan pembelian rumah pertama je dengan harga tak melebihi RM500,000.00.
.
So, kalau awak yang baca ni ada banyak rumah, hanya 1 rumah je layak untuk dapatkan diskaun 50% duti setem ni ok.
.
So lain-lain charge peguam tu macam biasa lah... Charge runner mereka ke sana ke sini bawak borang korang ni nak register, kos printing, paper dorang pun dikira sebagai kos.
.
So, rasanya takde la isu peguam tu mahal ke, peguam ni murah ke.. ok? 
.
Untuk kos gadaian geran tu kepada bank pulak.. Saya akan ceritakan dalam next entry ye.. Tapi cerita ni base kepada pengalaman saya menguruskan strata rumah saya la ye. Tidak ada kena mengena dengan strata rumah orang lain. ;)

2 comments:

  1. hai, saya nak tahu serba sedikit mengenai proses untuk dapatkan stamp duty deduction / remission for 1st time homebuyer. please sent me your answer at my email

    ReplyDelete
  2. hai, saya nak tahu serba sedikit mengenai proses untuk dapatkan stamp duty deduction / remission for 1st time homebuyer. please sent me your answer at my email

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page