Daisypath Anniversary tickers

8 December 2012

Rahsia jimat soping di Tesco

Assalamualaikum...


Tadi...balik keje lambat..lepas tu otw balik gi Tesco..beli barang...


Amik itu ini...gi kaunter nak bayar...buat pertama kali tengok total banyak ni lepas kawen...

Ngegngehngeh...selalu beli sikit pun,mesti 3 angka kat resit...


Nak rahsia beli barang dengan jimat di Tesco??


rahsianye..gi la soping naik moto!!haha..bile amik barang je mesti pikir muat tak nak bawak naik moto..kalau naik kereta tak pikir da..


Ini sahaje tips untuk dikongsi malam ni..:)

posted from Bloggeroid

7 December 2012

Let me introduce please....my 2nd blog...

 
Hai...hari ni short entry je...nak perkenalkan blog kedua aku yang baru je wujud and not complete very much..ni lebih kepada blog kedai online la..sebenarne tengah update slow-slow...tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku update dengan tegar...huh..ada 1 blog pun terabai kan...kalau ada 2 blog...huhu...
 
 
Ekceli, blog ni baru ada 1 entry je..hek3...itupun dibuat dengan kadar sepantas mungkin..so, aku nak perkenalkan blog kedua itu..
 
CIK MAY SHOP!!!
 
 
entry pertama dalam tu adalah pasal promosi Kolagen..so, korang yang sedang mencari kolagen, sila lah tengok kat sane ok...promosi tu akan berakhir pada penghujung Disember ini ye..
 
Kolagen berfungsi untuk :
 
(1) Anti Penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus.

(2) Menghidratkan - melembapkan kulit, kurang rasa kering dan kulit terkupas pada muka.

(3) Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

(4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

(5) Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

(6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

(7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
 
 
So, mari la beramai-ramai follow blog tersebut..dan dapatkan harga terbaik dari aku...hehe...bye!
 
 
p/s: blog tu masih macam rumah tak siap, ada sesiapa yang sudi membantu untuk perfectkan beliau?hehe..kalau ada roger k..kite bincang2.. ;)

6 December 2012

Panas je dengan emel Suraya ni

 
Masuk emel yang ni, ntah berapa puluh kali emel die hantar..
 
Nak menderma pun, gi lah menderma kat tempat lain...pesal nak derma kat aku pulak..ramai lagi orang susah kat Malaysia ni..pusat kebajikan pun melambak kat Malaysia ni..
 
Assalamualaikum,

Hidup saya adalah diibaratkan sedang diseru oleh Allah dengan keadaan
kesihatan saya yang mendadak kerana telah diberitahu oleh doktor saya yang
saya ada beberapa hari lagi untuk hidup.Dengan ini,saya ingin menderma
hartanah saya untuk menolong pesakit barah seperti saya untuk rawatan dan
program-program kesihatan kerana ini adalah cadangan arwah suami saya dan
saya tidak mempunyai zuriat

Dengan ini saya hendak membuat sesuatu dengan niat baik untuk menderma 2
juta sterling paun kepada persatuan barah yang terlibat.Sila beritahu saya
sekiranya anda sudah menerima surat akuan tersebut dan sila beritahu
informasi tentang warganegara anda dan di mana tempat tinggal,nombor
telefon informasi lain yang diperlukan oleh peguam saya.Dengan ini saya
memindahkan warisan saya kepada anda.

Semoga anda dirahmati oleh Allah dan menggunakan wang dermaan saya dengan
adil untuk kerja kebajikan.

Yang Benar

Pn. Suraya Ibrahim
From: Malaysia
Email:mrs.surayaibrahim@hotmail.com
 
 
Mode : panas hati je dapat emel macam ni..banyak plak tu..tiap-tiap hari hantar emel..nampaknye ramai betul penderma yang rajin hantar emel untuk mendermakan aset-aset mereka...
 
 
p/s : ye sangat lah tu nak menderma..huhu..
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page