Daisypath Anniversary tickers

16 February 2017

SITE VISIT SETELAH SEKIAN LAMA BERTAPA DALAM PEJABAT


Alhamdulillah.. setelah sekian lama tak tunjuk skill berkerja di tapak binaan.. Semalam muncul di tapak menunjukkan bakat terpendam di laut dalam.. hehehe...

Ala tajuk & intro ala-ala hebat sangat kan.. Hakikatnya masih kulikutip je..

Sebenarnya ini ialah lawatan penilaian kerja kontraktor di tapak binaan.. So kami semua ni buat kerja multitasking.. Sebab nak pastikan semua kakitangan adalah aset syarikat. Ha.. gitewww..

 Hari tu saya dah buat kerja-kerja sales & marketing.. merasa la duduk kat Jusco edar flyer dan sebagainya. Sekarang kerja sales pun dah sikit sebab dah habis jual kesemua unit.. So saya buat kerja-kerja kat pejabat pulak. Urusan Subsale, Refinancing, Auction dan sebagainya la.... Tu yang kerja hakiki.. Kerja multitasking lain tetap kene buat seperti buat site visit ni la....

Jom tengok kerja kat tapak binaan.




Ada sebahagian blok dah buat kerja painting bangunan.. Ada blok masih under construction

Gambar pasal kerja sikit je. Tapi nak cerita bertapa terujanya saya naik lif consturction ni.. Hahaha... Kene himpit ramai-ramai... Sebab rombongan cik kiah je dah dekat 10 orang..


Gambar kat atas tu dalam lif. Muke excited giler kot sebab lif ni berhenjut-henjut. Rasa macam tengah bermain di Genting Highland je..kihkihkih...



Paling best bila kontraktor volunteer nak ambik kan gambar kami sebagai wakil pemaju berlatarbelakangkan Tasik. Perumahan ni ada Tasik. So blok yang berdekatan dapat la tengok Tasik... Indah sungguh.. Ni gambar kami dari tingkat 17. =)

Kontraktor ada cakap, tak semua pemaju sporting macam kami..haha.. sebab tu dorang seronok sangat buat projek ni..


Ni semua rombongan cik kiah dari team consultan, kontraktor, arkitek. 


Dah penat melawat bangunan 17 tingkat, tengok pulak hasil di kaki... Walaupun saya ni memang study background Civil Engineering, tapi saya dah lama tak buat kerja tapak dan ni kali pertama ada safety boot.. haha.. So tahap jakun tu melampau sikit. Gambar kasut penuh simen pun nak ambik jugak.

Hahahaha!

Okei la..actually, saya halfday hari ni. Nak balik rumah. Packing beg adiah untuk birthday girl kat Tadika esok. 

Jumpa lagi di entry lain ok.

Tq sudi baca.

Bye~

4 comments:

  1. Sesekali kerja di site memang seronok... tak la terperap dalam bangunan je... boleh la jalan2 cuci mata....

    ReplyDelete
  2. nampak macam seronok je may tu.. hehehe
    kat mana tapak site tu? :)

    ReplyDelete
  3. macam best ja tngk org lawat site. kawan pun selalu post gmbr kat site di ig 😄

    ReplyDelete
  4. syok kerja site ni.. pcl dah merasa bertahun kat tapak binaan n now nak mereput dalam pejabat je ..ekon lagi (maklumlah dah tua2 kena simpan aset) ni.. ok selamat bekerja.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page